Memang betul lawak ni. Ada ke orang Sarawak tunggu resipi makanan Sarawak dari orang Malaya!
Terlebih dahulu, saya minta maaf la jika ada yang tersinggung. Orang Sarawak panggil orang Semenanjung demikian bukan kerana biadap atau tidak menghormati orang Semenanjung. Tetapi itu sebenarnya memang panggilan mesra untuk orang Semenanjung. Percayalah. Kak G pasti mengiyakan. Ya kan? :)
Cerita lawak ni sebenarnya adalah benar. Saya memang orang Melayu Sarawak jati. Isteri saya pun orang Sarawak juga. Tapi sudah lama juga kami tinggal di Petaling Jaya. Sekarang kami sedang bercuti Raya di kampung.
Saya memang menunggu blogger Ddrfauziah aka Kak G memberi resipi bubur pedas Sarawak. Bukan apa, selama ini semua resipinya yang isteri saya cuba memang sedap-sedap. Lama dah kami tunggu, sejak mula Ramadhan lagi. Saja la nak tengok apa kelainannya.
Semalam Kak G beri resipi untuk buat bumbunya. Saya pun cerita kepada Mak dan keluarga lainnya. Mak saya pulak kata nampak macam sedap. Mula beliau terus nak buat selepas menyediakan bumbu mengikut resipi Kak G tu. Last minit, dia tukar fikiran nak tunggu tengok resipi Kak G dulu pulak. Bermacam-macam sayur dia siapkan. Dari petang tadi dia asyik suruh saya check.
Baru sekejap tadi Kak G beri resipinya. Mak saya terus teruja. Dia nak buat untuk makan sahur nanti.
Itulah cerita lawaknya! Kah3 ..... memang geli hati kan? Terima kasih banyak kepada Kak G kerana menghidupkan integrasi nasional!
6 comments:
Aslmkm.
Hmmm ... wonderful compliments indeed! TQ. I feel so honored.
:) Nang orang Sarawak baik!
Salam Asan.
Teruja dengan kakak blogger yg satu ni nampaknya!
Kejap nnti nak pegi tengok N3 dia!
Kalau orang sarawak dah puji, resipiny mesti best la kan? Hehe.
Aslmkm.
Wah ampu nampak!
Confirm sedap ya resipi bubur pedas tu! Bid pun nak buat esok. Hehe.
Selamat hari raya. Maaf zahir batin.
Salam ziarah.
Hehe .. setuju!
Nak pergi tengok blog kak G pulak la!
Salam Asan.
Seronok balik kampung tapi tetap teruja dengan orang Malaya ya?
Saya pun nak pegi jengah beliau juga ni!
Selamat hari raya.
Aslmkm.
Ya betul2. Saya memang dapat merasa keikhlasan Kak G. Beliau telah bermurah hati & beliau bagus sekali! Tapi mungkin ramai tidak tahu menilai keikhlasannya. Beliau pun seperti nampaknya tak kesah! ya kan?
Ceria2kan hari raya di kampung halaman.
Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.
Post a Comment