Thursday, September 9, 2010

MINAL AIDIL WAL FAIZIN

Jom kita meraikan kejayaan Ramadhan dengan Eid Mubarak pula.  Sebulan sudah kita berusaha melakukan amalan ibdah yang baik terdaya mungkin.  Kini Syawal dah tiba.  Kita harus merayakan dengan gembira bersama kaum keluarga, sanak saudara dan kawan rakan semua.

Kalau di Kucing, Raya memang diraikan seminggu dengan meriah.  Ramai saling berkunjungan dari pagi membawa ke malam dengan pakaian meriah Raya.  Selama sebulan Syawal memang dimanafaatkan untuk mendekatkan kembali silaturrahim.

Pelbagai juadah dihidangkan.  Kira penuhlah meja.  Yang istimewa tu ialah kek hati pari dan kek lapis pelbagai macam.  Di samping itu, memang ada hidangan tradisonal Raya seperti ketupat dan rendang.  Biasanya juga setiap keluarga membuat juadah istimewa lain seperti laksa Sarawak, nasi kebuli. briyani dan segala lauk pauknya.

Jadi elok jugalah kita sama-sama ikut meraikan suasana gembira ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Maaf zahir dan batin.

6 comments:

SITIJA said...

Salam Hari Raya. :)

RAISA said...

Selamat Hari Raya.
Tentu seronok di kampung Sarawak! :)

Zizaq said...

SAlam Hari Asan.
Wah mesti enjoy giler beraya di kampung sarawak ni! :)

Sanna said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Tentu seronok beraya di Sarawak .. kueh & makanan penuh meja la ni! :)

BID said...

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

RAM said...

Salam Aidilfitri.
Minal Aidil Wal Faizin. Maaf zahir batin.