Friday, September 3, 2010

RAYA HARI JUMAAT

Mengikut Rukyah, Hari Raya tahun ini akan jatuh pada hari Jumaat depan, iaitu pada 10 Septembar.  Nampaknya sekali lagi kita akan mengalami hari Jumaat dengan dua kutbah: kutbah Raya dan kutbah Jumaat.

Oleh kerana Hari Raya jatuh pada hari Jumaat, cuti umum ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.  Jadi tidak ada cuti panjang percuma la.

Cuti sekolah pula bermula pada hari Sabtu 4 September esok dan akan berakhir pada 12 September.  Katanya ada beberapa sekolah akan mengambil cuti tambahan dua hari selepas Raya dengan menggantikannya pada mana-mana hari Sabtu.

Bagi warga kota yang berasal dari luar KL dan PJ seperti saya sekeluarga, kita kenalah sesuaikan cuti Raya dengan cuti persekolahan tahun ini.  Maknanya, pada tahun ini kita berpeluang merasakan suasana puasa lebih lama di kampung masing-masing.

5 comments:

Nori said...

Salam ziarah.
Pasti ke?

Anonymous said...

Aslmkm.
Hmmm seronoknya nak balik Sarawak.
Kak G terbayang suasana Raya yg teramat meriah di Kuching sana! Nostalgia yg indah sekali!

RAM said...

Salam ziarah.
Hmmm .. senang la kita merancang!

BID said...

Aslmkm.
Katanya gitu! Confirm ya?
Senang la sikit! :)

Zizaq said...

Salam Asan.
Awal2 dah umum sendiri ni ya!
Good2 .. senang sikit. :)