Monday, September 13, 2010

BALIK TETAMU MENUNGGU

Isteri saya telah memberi kenyataan dengan rakan jiran tetangga semasa terakhir berjumpa sebelum balik ke kampung bahawa beliau bersedia menerima mereka berkunjung berhari raya selepas balik dari Kucing.  Rupanya mereka betul-betul menganggap itu sebagai satu undangan.

Tengah hari tadi kelam kabut isteri saya menelefon saya minta supaya segera balik dengan membeli apa-apa makanan yang dapat.  Katanya jiran-jiran menelefonnya nak datang beraya dalam pukul 4 petang.

Nasib baik juga ada gerai makanan di Seksyen 14 Petaling Jaya yang sudah mula berniaga.  Saya belilah mee bandung sebanyak 12 bungkus dengan kuahnya di asingkan.  Selepas tu, saya singgah beli tart kastad di kedai kek  yang berdekatan.

Sampai di rumah tetamu sudah pun ada.  Mereka sampai terdahulu sedikit .  Nasib baik jugalah.

7 comments:

SITIJA said...

Salam Aidilfitri.
Rumah yang dikunjungi membawa rezeki!

Sanna said...

Salam Raya.
Bagus la begitu .. semarakkan silaturrahim!

Anonymous said...

Aslmkm.
Salam Raya. Maaf zahir batin.
Kak G mohon bbyk maaf juga kerana lewat berkunjung.
Orang situ dengar orang Sarawak nang baik ati! :)

RAM said...

Salam Asan.
Mereka teringin nnak makanan sarawak la tu .. tapi dijamu makanan Bandung! Hehe.

KAKIAH said...

Salam Syawal.
Masih beraya ke?
Katanya orang Sarawak raya sebulan. Ya?

RAISA said...

Salam Raya.
Ni kira beraya sakan .. Sarawak balik ke Semenanjung!

ROHA said...

Salam ziarah.
Aduh seronok la gitu!