Sepetang saya membuang masa menunggu klien yang tidak datang-datang. Apa nak buatkan, kekadang memang terjadi perkara seperti begini.
Saya menunggu sejak pukul 2.30 petang hingga membawa ke senja. Nasib baiklah saya menunggu di lobby hotel. Jadi dapatlah menggunakan kemudahan hotel untuk solat dan sebagainya.
Apabila hampir senja, barulah klien tu menelefon memberi tahu bahawa keretanya rosak. Beliau mahu menjadualkan pertemuan besok hari. Tapi saya minta dia datang ke pejabat saya saja. Tak adalah saya membuang masa seperti hari ini, jika ada halangan lainnya.
Tadi semasa menjelang senja, saya nampak pemandangan sekitar hotel itu cantik pula. Jadi saya ambillah gambarnya. Lihatlah pemandangan Kuala Lumpur di waktu senja ini.
9 comments:
Aslmkm.
Hmmm ... ni dekat Legend ke? Kolam tu macam kat sana! :)
Salam Asan.
A'a cantik. Betul ke tekaan Datin Fauziah tu? Dia duduk lama juga kat hotel masa rumahnya renovation aritu!
Salam Asan.
Hehe .. bagus juga dari marah2 bengang dengan si klien tu!
Salam & hi semua:
2 Kak G - TQ 4 ur return visit. Mohon earliest response 2 latest questions ya! :) Maceh.
2 Sanna - dah pun kunjung balas.
2 Raisa - dah kunjung balas tapi tak tinggal komen baru. :)
Salam Asan.
Hmm, cantik juga. Tapi tak clear sangat. Katner yer?
Salam Asan.
Cantik tapi nampak macam berjerubu!
Betul ke kat Legend seperti kata Datin Fauziah?
Aslmkm.
Cantik KL kita ni ya .. sudah boleh dibaggakan!
Kini mereka nak bangga ke tahap riak la kot sampai nak buat bangunan 100 tingkat tu!
Salam Asan.
Hmm .. ada bakat jadi jurufoto profesional ni! :)
Salam Asan.
Ya la cantik pemandangan dari sekitar PWTC & Legend tu! Betul?
Post a Comment