Monday, June 7, 2010

AKTIVIS KEAMANAN SELAMAT PULANG


12 Aktivis Malaysia Selamat Pulang

Semalam kedua-belas aktivis Malaysia yang turut ditahan semasa Israel menawan kapal misi keamanan Mavi Marmara tempuhari sudah selamat pulang.  Wajah mereka jelas menunjukkan keletihan yang amat sangat.  Tetapi semangat mereka masih tinggi dan mengkagumkan.

Sekarang kita mendapat gambaran yang lebih jelas tentang peristiwa berdarah yang kejam itu. Apa yang amat menyeramkan ialah pendedahan oleh ketua delegasi Malaysia dalam rombongan berkenaan.  Katanya mereka melihat senarai nama-nama dan gambar-gambar mereka yang menjadi sasaran dan mereka sekeliannya menjadi korban.  Rakyat Malaysia tidak berada di dalam senarai berkenaan dan mereka tidak ditembak walaupun ada yang diacukan pancaran laser merah.

Maknanya misi Israeal ternyata ialah untuk membunuh.  Jadi mereka sudah tahu akan berlaku pertumpahan darah.  Apa yang dinyatakan oleh pihak Israel adalah jelas suatu pembohongan.

Ahli-ahli rombongan misi yang terlibat ialah Noorazman Mohd Shamsuddin (ketua delegasi), Dr Mohd Arba Ai Shawal, Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan, Dr Selamat Aliman, Klang councillor Jamaluddin Elias, Al Hilmi Husain Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad Awang, Abd Halim Mohd Redzuan, Hasanuddin Mohd Yunus and Mustafa Mansur as well as journalist Ashwad Ismail and cameraman Shamsul Kamal Latip.

5 comments:

BID said...

Aslmkm.
Keberanian dijalan yg betul. Syabas!

RAISA said...

Salam.
Selamat alhamdulillah.

Zizaq said...

Salam sahabat.
Semoga lebih ramai lg yg berani menentang Israel!

CIKDAH said...

Aslmkm.
Sekalung tahniah & ucapan syabas kepada mereka yang berani!

Nori said...

Salam perkenalan sdra Asan.