Friday, June 11, 2010

SINARAN CARRIE UNDERWOOD

Walaupun sudah lima tahun selepas bergelar 'American Idol' Carrie Underwood terus disayangi peminat.  Suaranya merdu dan keperibadiannya amat menyenangkan.  Lagu-lagu genra 'country' yang dinyanyikan olehnya masih digemari ramai.

Semalam idola ini memenangi dua Anugerah 'CMT' atas pilihan peminat.  Hanya dua bulan lepas beliau mencipta sejarah kerana berjaya memenangi Anugerah 'Academy of Country Music' penghibur terbaik  dua kali berturut-turut.

Apa yang jelas ialah sinaran Carrie Underwood berterusan kerana peminat.  Peminat terus menyenangi suaranya yang memang merdu dan sesuai dengan rentak 'country' itu.  Mereka juga menghargai sifat rendah dirinya.  Underwood pula sentiasa menghargai peminat serta mereka yang membantu kerjayanya.

Harapan kita agar bintang-bintang realiti TV tanahair akan mempunyai kaliber dan sifat-sifat yang disenangi peminat.

4 comments:

RAM said...

Salam perkenalan.
Bila bakat terserlah & perkerti baik, org pasti senang!

BID said...

Salam.
Maaf bbyk. Bid asyik terlupa nak follow balik. Tp mmg suka orang Sarawak! Hehehe.

ROHAM said...

Salam Asan.
Org bagai nak giler dgn World Cup, awak terlekat dgn Idola Amrika! Hehe.

ROHA said...

Salam Asan.
Bercuti ke?