Di akhir zaman ini bermacam-macam gejala berlaku. Hari-hari bermacam-macam berita kita baca di akhbar dan internet serta dengar di radio dan TV.
Tapi cerita semalam mengenai seorang suami di madukan oleh isteri mudanya itu kira-kira adalah sesuatu yang sedikit berbeza. Saya pernah dengar tentang pasangan suami isteri secara sukarela bertukar-tukar pasangan di kalangan mereka. Semalam baru itu sekali saya dengar cerita isteri muda mempunyai kekasih gelap.
Agaknya isteri muda it sudah tak kisah sampai sanggup mempunyai hubungan dengan hanya seorang tukang cuci kereta. Alangkah malang lagi nasibnya bila tertangkap basah pula dengan pasangannya itu.
Naa u'uzubillah. Semoga perkara-perkara yang sumbang mahram dan haram semuanya dijauhkan dari saya sekeluarga dan juga dari keturunan kami hingga ke akhir dunia.
6 comments:
Salam ziarah.
Ya la .. dah dunia akhir zaman .. semua tunggang langgang!
Salam,
Mmmg betul apa yg diperkatakan... mmg byk perkara maksiat berlaku secara terang-terangan.masyarakat pula seolah-olah isu maksiat menjadi biasa...tidak lagi dianggap sesuatu yang memalukan...apatah lagi para pelaku...langsung tiada malu.
Aslmkm.
Salahnya dimana?
Nilai insaniah merudum kerana sistem pelajaran & pendidikan yg tidak utuh & tidak menyeluruh utk menjana moral yg tinggi & persekitaran yang tidak cukup mendukung kebaikan hakiki.
Aslmkm.
Kak G singgah lagi! :)
Salam Asan.
Semuanya kerana keruntuhan akhlak.
Masyarakat pincang bila pemimpin tidak bijak merancang & melaksanakan kewajipan.
Aslmkm.
Bagaimana nak mengatasinya, sedang jentera pelaksanaan amat lemah.
Post a Comment