Saturday, November 19, 2011

SEMAKIN TAK MESRA PULA!

Kawan-kawan yang berkunjung dah tak singgah lagi.  Ramai tak saling ziarah lagi ke?  Atau ramai sudah hilang minat agaknya.

Semakin hari semakin tak mesra pula nampaknya.  Macam mana ni?

Aku pun ikut rehat juga la nampak gayanya!

Saturday, November 5, 2011

EIDUL ADHA

Begitu cepat masa berlalu.  Jemaah Haji sudah pun berkumpul untuk menyempurnakan rukun haji iaitu wukuf di Arafah.

Sehari lagi kita semua akan menyambut Eidul Adha atau Hari Raya Haji pula.  Buat semua yang singgah saya ucapkan agar berbahagia dengan famili, saudara mara dan sahabat handai.

SELAMAT HARI RAYA HAJI

Sunday, October 23, 2011

AKU PUN PENING

Apa pula yang terjadi ni?  Blog head ternyata hilang; begitu juga dengan tajuk N3 yang terakhir.  Dah jelajah dua tiga blog.  Sepertinya sama juga!

Aku pun sudah semakin pening jadinya!  Sistem aku dan beberapa blog saja ke, atau ini memang menyeluruh?

Jadi testing la dulu.  Tengok apa jadi!

Saturday, October 15, 2011

GAJI AWAL

Gara-gara pengumuman Budget, staf semua juga ikut minta gaji mereka untuk bulan ini dibayar lebih awal.  Hujjah mereka ialah semua jabatan kerajaan akan berbuat demikian.

Perjalanan syarikat kan tak sama dengan perjalanan kerajaan.  Jadi perit jugalah ni!

Namun mahu tak mahu kena buat adjustments juga la.  Memang benar, ramai orang sedang menghadapi masaalah 'kekeringan' selepas Raya.

Tuntutan bayaran bekalan dari jabatan memang lambat pula kali ini.  Kekadang rimas dibuatnya kerana ini mengganggu banyak hal.

Nasib baik juga pembekal kami telah memberi kelonggaran tentang pembayaran untuk 60 hari untuk barangan yang terakhir diterima.  Jadi boleh 'rolling' juga modalnya.

Sunday, October 2, 2011

MAKAN-MAKAN

Hari ni kita orang mengundang staf ke rumah untuk makan-makan.  Kiranya sebagai tanda terima kasih di atas dedikasi dan khidmat mereka selama ini.

Tak ada buat apa sangat pun.  Sekadar order saja hidangan nasi briyani dan beberapa jenis kueh.

Sebenarnya hajat hati nak sediakan juga mee kolok dan laksa Sarawak.  Tapi, terpaksa dibatalkan kerana isteri masih kurang sihat.

Semua staf datang.  Meriah juga la.  Tapi, sibuk-sibuk melayan, lupa pula nak ambil gambar!

Monday, August 29, 2011

EID MUBARAK EIDULFITRI

Sebulan sudah kita berusaha melakukan amalan ibadah yang baik terdaya mungkin. Kini Syawal dah tiba. Kita harus merayakan dengan gembira bersama kaum keluarga, sanak saudara dan kawan rakan semua.

Elok jugalah kita sama-sama ikut meraikan suasana gembira ini.  Tapi kena jaga sikap supaya tidak pula tercemar dan menjadi dosa. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Maaf zahir dan batin.

Saturday, August 20, 2011

MALAM LALILATUL QADAR

Saya baru saja lepas berkunjung ke blog DDrFauziah aka Kak G.  Beliau memberikan informasi dan perkongsian yang sungguh mengesankan mengenai pencarian Malam Lailatul Qadar ini.  Tajuk N3 beliau adalah:

لیلة القدر (MALAM LAILATUL QADAR) MARI USAHAKAN SEMAKSIMA BARAKAHNYA DI RAMADHAN INI

Bagi rakan-rakan yang berkunjung, saya sarankan silalah berkunjung ke blog beliau.  Semoga kita semua mendapat barakah.  Amin.

PS:  Blog Kak G = ddrfauziah2all.blogspot.com

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN SUDAH TIBA

Pihak berwajip sudah mengesahkan bahawa umat Islam Malaysia akan memulakan ibadah puasa wajip Ramadan tahun ini mulai esok hari. Segala ibadah wajip dan sunat Ramadan bermula dari malam ini.

Marilah kita sama-sama menyemarakkan Ramadan 1432H ini pula dengan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga Allah SWT merahmati kita dengan kekuatan dan kesihatan serta umur yang panjang untuk mendapat sebaik-baik dan sebanyak-banyak ganjaran tahun ini.

SELAMAT BERAMAL IBADAH
SEMARAKKANLAH
RAMADAN AL MUBARAK 1432H

Tuesday, July 12, 2011

RAKYAT BUAT KEPUTUSAN DI PILIHANRAYA

PM kata orang ramai boleh buat keputusan semasa pilihanraya, dan demonstrasi bukan caranya.  Beliau juga berkata bahawa kerajaan menghormati demokrasi dan kedaulatan undang-undang.

Masyarakat internet sudah ramai meminta beliau mengundurkan diri.  Jelas kewibaannya dipertikaikan!

Pada aku, PM sekarang semakin ketara tidak bijaksana.  Beliau jelas ketara sedang cuba menari mengikut rentak.

Kalau ikut bahasa orang kampung aku, beliau 'sering ngacuk!'  Entah-entah apa lagaknya!

Semoga saja rakyat yang ramai benar-benar semakin bijaksana untuk menilai.  Apa yang lebih penting, semua mesti bertanggung-jawap.  Moga-moga semua akan membuat keputusan di pilihanraya akan datang mengikut seruan Allah swt.

Tuesday, July 5, 2011

ARAK ITU HARAM, PENDAPATAN DARINYA JUGA PASTI HARAM

Tadi aku ke Jabatan Kastam di Sungei Way untuk mendapat clearance kereta saudara yang diimpot balik oleh anaknya.  Kebetulan sudah dekat waktu lunch.  Jadi saja la memandu mencari gerai makan yang ramai orang untuk makan.

Kami singgah di gerai yang menarik hati kerana pilihan lauknya dan juga ramai pelanggannya.  Rupanya ramai pelanggan itu adalah pekerja sebuah syarikat pengeluaran arak jenama yang memang amat dikenali.  Syarikat itu memang beroperasi di kawasan itu.

Ternyata ramai juga orang Melayu Islam bekerja dengan syarikat yang mengeluarkan arak.  Aku lihat sendiri begitu ramai pekerja Melayu yang keluar makan di gerai berhampiran sewaktu lunch tadi tu.

Jadi di dalam hati terasa amat terkilan.  Arak itu jelas haram.  Bagaimana mereka boleh bekerja di sana.  Pendapatan dari aktiviti mengeluar dan menjual arak yang haram pasti jugalah haram.

Saturday, June 18, 2011

WARGANEGARA INDONESIA WARGANEGARA MALAYSIA?

Seminggu ini banyak kelompok orang Indonesia secara terang-terang menunjukkan kad pengenalan Malaysia mereka.  Pendatang-pendatang haram yang sejak beberapa lama curi-curi kerja sana sini pun menunjukkan kad pengenalan Malaysia mereka.

Apa yang mesti kita dikatakan?  Terperanjat dan terkejut bukan tepat!

Saturday, June 11, 2011

MEMANG ADA ORANG TAK BERHATI PERUT

Lagi-lagi cerita pembantu rumah didera oleh majikan.  Ini kira cerita yang tercetak.  Banyak lagi cerita yang tidak diketahui umum.

Kenyataannya memang ada orang yang tidak berhati perut.  Nak dibuat bagaimana?

Bak kata orang, kalau sudah hatinya tertutup atau keras macam batu, orang yang berkenaan tak dapat dibentuk lagi.  Kira sudah tak makan saman.

Jadi mesti ada perlaksanaan undang-undang yang lebih efektif.  Sekurang-kurangnya ramai orang seperti pembantu rumah dan mereka yang tidak berdaya akan mendapat perlindungan.

Tuesday, May 31, 2011

THE MEANING OF FAILURE

I just feel that it is only right for me to pass on a good principle and philosophy.  Actually I got it from a fellow blogger whom I really love and respect.  I quote below:

"Failure does not mean you have failed. It means you are not yet successful.
Failure does not mean you have achieved nothing. It really mean that you have learned something.
Failure does not mean you are stupid for not achieving it. It means you are courageous for giving it a try.
Failure does not mean that you will never be successful. It just mean that you need a little more time to succeed.
Failure does not mean that you have fallen. It really mean that you will have the option to either try again or to venture into new and more promising opportunities.
Failure does not mean Allah SWT has deserted you. It just mean that HE has better plans for you.

SO FAILURE IS NEITHER A DEFINITIVE WORD NOR A DEFINITE ENDING."

Source:  From Kak G.

Sunday, May 15, 2011

KECUH JUGA BILA BLOGGER TERCEMAR

Mungkin saya antara salah seorang blogger yang tak terasa sangat dengan masaalah Blogger.  Tahu tahu hebuh orang bercerita pasal ini.  Macam-macam komplen dan rugutan.  Memang kecuh betul.

Dua hari lepas saya memang bz.  Masuk blog pun sekejap-kejap saja.  Jadi itulah yang tak sedar tentang masaalah ini.  Kebetulan la tu.

Wednesday, May 4, 2011

LETIH DAN MALU SUNGGUH

Sejak akhir-akhir ini, malas rasanya nak bercerita tentang apa-apa.  Rasa letih dan malu sungguh dengan situasi di tanah air kita ini.

Aku sendiri memang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.  Hanya Allah Yang Maha Tahu.  Tetapi kenapa begini gayanya.  Sepertinya kita mempunyai undang-undang yang berbeza bagi orang yang berbeza.

Kita mengaku sebagai sebuah negara Islam.  Tetapi banyak hukum Syarie dibelakangkan.

Sekarang malah rakyat kita sendiri dari kaum dan agama lain mentertawakan orang Melayu dan orang Islam.  Nampaknya orang kita terlalu ghairah untuk menjatuhkan musuh peribadi dari kaum dan bangsa sendiri.

Kenapa jadi begini.? Tidak sedarkah bahawa ada kaum lain yang mempunyai objektif yang sama untuk kebaikan bangsa dan kaum mereka.  Walaupun mereka berbeza pendapat dan cara dalam pendekatannya, tetapi mereka bersatu dalam matlamat.

Wednesday, April 27, 2011

LAMA TAK UPDATE

Sejak balik dari pilihanraya negeri Sarawak selesai, tak ada mood pulak.  Frust juga sebab ramai orang masih begitu penakut.

Memang sudah begitu ketentuanNya.  Cuma kita yang mahukan perubahan perlukan masa untuk menerima hakikat ini.

Walaubagaimanapun masih ramai yang memang mengharapkan pucuk pimpinan akan berubah.  Ramai orang sudah terlalu letih dengan apa yang dilakukan dan kerenah mereka yang mendapat kuasa.

Thursday, April 14, 2011

NAK BALIK NGUNDI JUGA

Hari-hari saudara-mara dan rakan taulan menelefon dan hantar 'sms' menggesa kami balik mengundi.  Ada yang marah-marah kerana rasa kecewa dengan kami.

Isteri sudah termakan semua pujukan.  Dari semalam lagi bingit telinga ni mendengar hujjahnya.

Mahu tak mahu ikut saja.  Sekarang dah membuat keputusan nak balik mengundi jugalah.

Sunday, April 10, 2011

SHOPPING SAKAN

Keputusan kami sudah bulat untuk tidak balik mengundi.  Walaupun setiap undi itu penting, dua undi kami suami isteri tidak akan memberi impak di kawasan undi kami.

Bila dah bulat dengan keputusan, isteri dan anak mengajak mengambil kesempatan untuk pergi membeli-belah di Jalan Masjid India dan Jalan TAR.  Pukul 10.30 pagi kami sudah berada di sana.  Ingatkan sudah awal, rupanya ada ramai lagi yang datang lebih awal.

Pusing dua pusingan juga barulah dapat parkir.  Kiranya bernasib baik kerana ada orang keluar berhampiran dengan Restoran Yassin.

Pening kepala melihat orang yang agak ramai.  Jadi saya pun mengaku kalah dan janji tunggu di Restoran saja. Nak tidur dalam kereta pun tak boleh kerana rasa bahang cuaca yang panas.

Anak dan isteri shopping entah apa-apa sampai hampir pukul 2 petang.  Oleh kerana lama menunggu saya pun pergi meninjau juga ke gedung Jekel.

Sampai balik rumah saja, saya terus solat dan kemudian baring tidur.  Belum sampai sejam, isteri sudah kejutkan mengajak pergi ke Ikea pulak!

Aduh!  Malas betul melayan.  Jadi saya cakap saya pening kepala dan jika nak pergi bawa anak untuk temankan.

Ini kiranya macam habit.  Bila ada duit lebih tu suka bershopping sakan; memang tak boleh simpan saja.  Tak cukup shopping di KL tadi, tapi pergi di PJ lagi.

Thursday, April 7, 2011

ANOTHER DEATH AT MACC

There are too many sad incidents.  They are getting more scary.  It gave the picture that we are not adequately protected.  I really find it hard to swallow.  How could another citizen plunged to death?

It is really disheartening, and a cause for ceoncern.  I quote the breaking news below:
A senior Customs officer died at the MACC (Malaysian Anti-Corruption Commission) Building in Jalan Cochrane, The Star, a Malaysian newspaper reported.

It is thought that he fell from the 3rd floor of the building. His corpse was discovered on the first floor open-air badminton court at 10.20am, Wednesday.

The deceased was 56-year-old Selangor assistant director Ahmad Sarbani Mohamed, according to the MACC. The man was under MACC investigation for graft related to unpaid taxes.

Ahmad came to the MACC building earlier in the morning, requesting to see the investigating officer who was engaged in a meeting. He waited at the lobby and then later with an officer.

At one point, the officer left Ahmad's company to call the investigating officer. When the officer came back, he could not find Ahmad. A bit later, Ahmad's dead body was discovered.
How could that be?

Thursday, March 31, 2011

DAPAT REFUND

Setelah agak lama menunggu barulah akhirnya mereka kembalikan sebahagian wang kerana pembatalan percutian ke Tokyo tempuhari.  Jenuh jugalah menunggu.

Mengikut kenyataan Menteri tempuhari, syarikat penerbangan memulangkan sepenuhnya.  Tetapi syarikat pelancungan mengenakan kos pentadbiran hingga RM 200 tiap seorang.  Kira macam surcaj jugalah

Memang mereka kenakan kadar maksima.  Itu dari harga tambang saja.  Mereka juga kenakan kos pentadbiran untuk pelancungan yang ikut terbatal itu.

Kiranya lebih dari 30 peratus kos keseluruhan.  Geram betul dibuatnya.  Hangus lebih seribu ringgit juga.

Tetapi apa daya pengguna.  Mahu tak mahu terpaksa terima saja.

Sunday, March 27, 2011

AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR

Saya begitu terharu dengan pendekatan yang diambil oleh blogger yang sentiasa saya hormati iaitu DDrfauziah aka Kak G.  Pendekatanya tentang isu panas sekarang ini jauh amat berbeza.  Hujjahnya merupakan hujjah yang bijaksana.

Yang dimaksudkan tentulah tentang isu video seks di mana adegan seks itu dikatakan berkaitan aktiviti Ketua Umum Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim.  Pendekatan Kak G lebih menepati seruan, 'Amal ma'ruf dan nahi mungkar!'

Saya sudah minta izin Kak G untuk memetik N3nya di sini.  Sebahagian isi N3 beliau ialah seperti di bawah:
SEMUA FIRMAN ALLAH SWT JELAS
TERMAKTUB DI DALAM AL QURANU 'AL KAREEM
'.... Malaysia kita ini pula langsung tidak berada di dalam zon ancaman gempa bumi. Tetapi tiba-tiba sekali lagi rakyat dikejutkan dengan pendedahan rakaman video seks terbaru yang disabitkan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Segala yang berlaku adalah dengan izinNYA jua. Tapi mereka-mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung diperingkat-peringkat tertentu bersabit dengan isu perakaman video seks ini dan pendedahannya tahu tentang kebenarannya.

Walaupun begitu, semua umat Islam yang beriman juga amat yakin sesungguhnya Allah SWT itu: "Al 'Alim, Al Syadid (= Maha Mengetahui, Maha Menyaksi)" serta "Al 'Adlu (= Maha Adil)!" Orang-orang yang beriman juga diseru supaya berlaku adil; jika tidak kita berdosa dan balasannya adalah amat pedih.

Jadi bagi seluruh rakyat, terutamanya kita yang beragama Islam, marilah kita semua sama-sama saling mengingatkan. Janganlah sesekali kita turut membuat spekulasi; dan jangan menyebarkan perkara yang belum sahih kebenarannya terutamanya perkara ini bersabit dengan maruah dan aib orang lain! ...'
Saya memang bersetuju dengan apa yang dihujjahkan oleh beliau.  Jika ingin membaca keseluruhan huraian beliau, kena pergi ke blognyalah

Monday, March 14, 2011

TAK JADI KE TOKYO ADA HIKMAHNYA

Saya sekeluarga memang bercadang untuk mengikut rombongan pergi ke Tokyo minggu ini.  Tapi kebetulan untuk cuti sekolah ini, tempatnya sudah tak cukup bagi saya sekeluarga.  Jadi ditundalah dan dijangka akan pergi pada musim cuti sekolah yang akan datang pula.

Ada hikmah disebaliknya ini.  Seram sungguh dengan kejadian tsunami yang menimpa Jepun sekarang ini.  Memang menyedihkan.  Tapi saya bersyukur kami tidak dapat ikut pergi ke Tokyo pada musim cuti sekolah ini.

Sekarang ni semua sudah rasa takut pula dan tak mahu lagi meneruskan rancangan untuk pergi ke sana.  Walaupun jadualnya di bulan Mei nanti, semua sedang fobia.

Tak tahulah macam mana lagi.  Saya sudah pun membayar deposit sebanyak 30%.  Banyak juga jumlahnya tu.

Pihak syarikat pelancungan tidak dapat dihubungi lagi.  Harap-harap besok boleh mendapat persetujuan mereka untuk tukar kepada destinasi lain.

Saturday, March 5, 2011

ULAT MULUNG

Tadi ada kawan bertanya tentang ulat mulung.  Dia berpendapat orang Sarawak semuanya makan ulat mulung.  Oleh kerana saya adalah orang Sarawak, dia ingat saya pun makan ulat ini.

Kiranya itu satu persepsi yang salah.  Orang Melayu Islam seperti saya tidak makan ulat mulung.  Ulat ini dimakan oleh warga etnik seperti Iban, Bidayuh, orang Ulu, Melanau dan sebagainya.

Sumber: Google

Bagi orang etnik ini, ulat mulung menjadi lauk ataupun dimakan sebagai snek.  Katanya ia baik untuk kesihatan kerana sumber makanannya amat bersih iaitu umbut sago.

Bagi orang Kuching, kaum etnik selalu mencarinya di Pasar Satok pada hari minggu.  Orang etnik dari kawasan pendalaman akan membawa ulat mulung untuk dijual.  Harganya antara 30 - 50 sen seekor.

Mengikut nilai saintifik ulat mulung adalah salah satu sumber protein yang sangat baik.  Ia juga tidak mengandungi kolestrol dan lemak.

Monday, February 28, 2011

MAKAN MURTABAK

Dua hari ni sibuk dengan sanak saudara yang datang dari kampung.  Tetiba saja mereka telefon mengatakan mereka akan datang.  Riuh jugalah dengan suara dari tambahan dua keluarga.

Mereka datang menghantar seorang anak buah yang aan memegang jawatan baru di Putrajaya mulai 1 Mach esok.  Petang tadi mereka sudah berangkat balik.

Anak buah pula akan tinggal bersama saya buat sementara.  Katanya nak mencari kawan berkongsi rumah di kawasan yang lebih dekat Putrajaya.  Kalau duduk dengan saya memang jauh juga nak pergi kerja ke Putrajaya.

Selepas sanak saudara berangkat, anak-anak pula merungut nak makan martabak.  Jadi petang tadi melayan anak-anak ke restoran mamak la.

Murtabak Ayam & Daging

Kami memesan sebiji murtabak bagi tiap seorang.  Anak-anak mahu murtabak daging, isteri mahu murtabak ayam, sementara saya dan anak buah pesan murtabak kambing.   Sekejap saja habis licin!

Thursday, February 24, 2011

TAK DAYA MELAWAN RASA LAPAR

Pagi-pagi perut dah rasa lapar nak makan.  Apa tidaknya, berjam sebelum tidur kita sudah tak makan.  Kemudian kita tidur pula antara 6 - 8 jam.

Habis semua sisa makanan di dalam perut.  Jadi kita terus melayan rasa lapar dan duduk makan.  Masaalah yang timbul pulak ialah kita makan sampai terlalu kenyang, lebih-lebih lagi jika tidak terkejar nak ke tempat kerja.

Memang tak cukup dengan semangkuk bijirin atau dua keping roti.  Kita makan telur, keju, mentega.  Malah kita sering makan nasi lemak dan makanan bergoreng atau berminyak seperti mee, mee hoon dan roti canai.

Bila usia semakin bertambah, baru mula terasa bermacam-macam sakit, lengoh dan bisa.  Malah ramai yang berpenyakit risiko tinggi seperti kencing manis, darah tinggi, dan masaalah jantung.

Memang susah nak cakap dengan manusia seperti kita yang tahu tapi tak mengerti; cerdik tapi juga bodoh sombong.  Bila ada masaalah kesihatan, baru menjaja sana sini minta perhatian dan simpati.  Walhalnya semua kerana kecuaian sendiri.

Manusia memang bermasaalah untuk melawan rasa lapar dan nafsu makan yang tinggi.  Kita selalu lemah dan tak berdaya.

Tuesday, February 15, 2011

MELAYU TETAP IKUT HARI KEKASIH

Yang namanya Melayu tu pasti ada yang tegar dan jenis 'tak makan saman' biar apapun amaran diberi atau tindakan diambil terhadap salah laku sebagai seorang Islam.  Memang kenyataannya begitu.

Hakikatnya, ada sebilangan yang agak signifikan di kalangan orang Melayu yang tidak mengaku mereka orang Islam.  Mereka terus-menerus menafikan, tetapi perlembagaan tetap mengklasifikasi mereka sebagai Islam kerana mereka orang Melayu.  Sungguh pelek dan aneh!

Semalam, bersempena Hari Valentine atau Hari Kekasih, ramai juga orang Melayu turut merayakannya samaada secara peribadi atau terang-terangan di khalayak umum.  Sebilangan telah dicekup pihak berkuasa Jabatan Agama kerana terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral dan bercanggah dengan aqidah Islam.  Mengikut berita resmi, seramai 96 orang ditangkap kerana khalwat.

Mengikut undang-undang Syariah mereka ini boleh didakwa kerana kesalahan melakukan perbuatan tidak bermoral dan melanggar perintah Islam.  Jika didapati bersalah, mereka boleh dihukum penjara selama sehingga dua tahun dan juga didenda.

Tuesday, February 8, 2011

RAKYAT MALAYSIA MASIH AMAT BAIK

Bila kita lihat dan dengar sekeliling dunia, kiranya rakyat Malaysia antara 'species' yang memang suka damai dan amat baik.  Memang ramai warga kita malas nak bantah-bantah tentang kerajaan.  Apalagi nak demonstrasi dan tunjuk perasaan.

Apa tidaknya!  Kalau ada perhimpunan aman pun sudah digasak oleh FRU dan polis dengan 'peluru air' gas pemedih mata dan kayu bantan tu.  Ada yang sampai jatuh dan luka-luka juga.  Kalau buat rusuhan, takut pula dihujani dengan tembakan meriam dan 'machine-guns' nanti.

Kalau nak bantah dan buat demonstrasi mesti tentang pembangkang saja.  Baru polis pun tak rapat; hanya tengok dari jauh saja!

Mungkinkah bantahan serupa rakyat Mesir terhadap Hosni Mubarak berlaku di Malaysia?  Mereka pun puluhan tahun menahan sabar dengan gelagat sombong, angkuh dan cerdik-tak-bijak pemerintah.

Tunjuk Perasaan Di Dataran Tahrir, Kaherah
Sumber: Al Jazeera; Google

Di Mesir sana rakyat menuntut supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.  Mereka tidak dapat bertoleransi lagi setelah ditindas selama lebih dari 3 dekad.  Rusuhan ini adalah kemuncak kemarahan rakyat.

Tetapi Presiden Mubarak ternyata masih enggan turun.  Beliau masih mahu meneruskan sistem sekularisma yang telah diamalkan selama ini.

Walaupun harta kekayaan terkaut dikatakan sudah berbilion dolar, Hosni Mubarak masih berusaha untuk cuba memegang kuasa terus.  Macam boleh dibawa mati segala kekayaan dan kuasa tu!

Semoga pemimpin kita mengambil iktibar.  Jangan sampai rakyat tidak dapat mengawal kemarahan dan kekecewaan.  Buruk padahnya nanti.

Wednesday, February 2, 2011

TAHUN BARU CINA

Memang kita tak akan terlepas untuk mengingati bahawa hari tahun baru Cina sudah pun tiba.  Sana sini ada perhiasan tahun baru ini.  Paling ketara ialah buah limau Mandarin dan pokok limau mula dijual di merata tempat.

Malam ini pula sudah kedengaran bunyi mercun.  Sah besok adalah Hari Tahun Baru Cina.  Dengan itu saya pun turut mengucapkan:

SELAMAT
TAHUN BARU CINA

Rasa seronok bertambah bagi ramai orang kerana minggu ini kita cuti panjang.

Monday, January 24, 2011

TAHNIAH UNTUK DATUK CHONG WEI

Malam tadi lagi nak buat N3 ni, tapi lepas komputer lembab sangat terus lupakan saja.  Namun nak juga rakamkan ucapan tahniah untuk pemain nombor satu negara sekarang ini.

Tahniah Datuk Lee Chong Wei diatas kemenangan di Kejuaraan Badminton Terbuka Malaysia semalam.  Semua orang tahu ini adalah kemenangan yang ketujuh berturut-turut bagi Chong Wei.

Lawannya diperingkat akhir ini, Taufik Hidayat dari Indonesia tidak langsung menunjukkan reaksi negatif.  Sepertinya beliau turut merestui kemenangan Chong Wei.


Lihat wajah ceria di muka kedua-dua pemanin handalan dunia di gambar ini.  Ini baru namanya semangat kesukanan.

Thursday, January 20, 2011

BOLEH KE TAHAP INI?

Saya petik paparan dari rakan blogger, Bujang Susah, hari ini.  Cuba kita sama-sama mengerti.
"Ini berita tidak rasmi tetapi 99.9% benar. Dari sumber diberitahu YB Hidir Abu Hassan (ADUN) Merlimau didalam kawasan parliment Jasin, Melaka. Telah meninggal dunia pada jam 2 petang tadi. Ini bermakna satu lagi pilihan raya kecil akan berlaku... Alfatehah untuk beliau.

Sebelum ini YB Hidir diberitakan koma oleh pemandunya.. namun akhbar utusan mengatakan YB Hidir dalam keadaan setabil. Berita ini juga diulas oleh Ketua Menteri Melaka ali rustam yang mengatakan YB Hidir tidak sakit dan hanya berehat di ICU. Seperti yang pernah saya katakan jika ingin membaca Utusan atau Berita hairan dalam format politik, kita mestilah membacanya dengan kefahaman yang terbalik. Kalau ia kata kurus bermakna gemuk la tu. Begitu juga dengan kenyataan ali rustam. Bak kata kawan saya mungkin lepas ni ali rustam akan kata tak perlu adakan PRK kerana YB Hidir tidak meninggal dunia tapi hanya berehat di alam barzah. Wassalam."
Saya juga baru mendengar tentang kematian ADUN ini.  Tak tahulah tentang kesahehannya.  Tapi mengikut berita saheh pula memang beliau kemalangan dan kritikal.

Jadi memang ada yang tidak beres ini.  Terfikir pula berita seperti di atas - laporan akbar perdana itu maksudnya apa ya?

Saya terus tertanya-tanya sendiri, 'memang ada manipulasikah?  Untuk apa?'  Bolehkah perbuatan manusia sampai ke tahap ini?

Thursday, January 13, 2011

SANDIWARA & SAGA KHIR TOYO PULA

Selangor ini memang penuh dengan pelbagai cerita.  Memang penuh warna-warni.  Dari semasa Muhammad Taib hingga sekarang, macam-macam cerita panas ada.

Pada saya, era paling panas dan berwarna warni ialah semasa Khir Toyo.  Mungkin ada kejutan budaya kerana beliau diangkat menjadi menteri besar secara mendadak di usia muda.  Dengan sokongan kuat dari kerajaan Persekutuan, mulalah era Khir Toyo.

Memang ramai sekali orang tahu bahawa beliau menyalah-gunakan kuasa dan beliau sudah menjadi rakus dan angkuh.  Tetapi memang bukan senang pula nak membawa seseorang ke pengadilan kerana bukti mesti kukuh dan jelas.  Jika bukti dibawah pengaruh pelakunya, itu menambahkan kesulitan.

Semakin lama semakin tinggi keangkuhan Khir Toyo.  Manakan tidak - pegawai kerajaan di beri penyapu sebagai ukuran prestasi yang buruk mengikut penilaiannya.

Bagi orang Melayu, itu memang petanda beliau sendiri akan jatuh.  Orang Islam yang beriman tidak akan sekali-kali memalukan orang di khalayak ramai begitu!

Semasa BN kalah di Selangor, beliau macam cacing kepanasan dan menjadi seorang 'sore loser!'  Dari awal hingga sampai ke saat beliau dihadapkan ke Mahkamah di atas tuduhan salah laku, macam-macam salah orang dicarinya.

Pendeknya tak putus-putus ada cerita bersabit dengan beliau.  Sampai hari, dah ada kontroversi bersabit Darjah kebesaran Selangor yang membawa gelaran Datuk Seri pula.

Beliau menarik perhatian dengan mengatakan beliau menyerahkan kembali gelaran itu secara sukarela.  Hari ini pula Setiausaha (SUK) Kerajaan Selangor yang baru dilantik dengan persetujuan DYMM Sultan mengeluarkan kenyataan yang berbeza.  Kenyataan SUK ialah darjah itu digantung oleh DYMM Sultan dan bukannya beliau memulangkan secara sukarela.

Aduhai!  Bila nak habis sandiwara dan saga si Khir Toyo ni!

Saturday, January 8, 2011

BILA NAK HABIS SANDIWARA

Nampaknya semakin melalut sandiwara yang dimainkan sekarang.  Ramai orang sudah semakin letih melihat dan mendengar.  Anehnya ramai mengecam satu pihak.  Walhal perkara seperti ini bukanlah satu kejutan atau pun perkara baru.

Di Sarawak dan Sabah pun sakan dramanya.  Sejak berdekad-dekad perkara seperti ini berlaku.  Jawatan tertinggi Perseketuan mesti dijawat oleh pegawai atasan yang mendapat persetujuan dan kelulusan kerajaan negri.  Situasi menjadi begitu kritikal hingga jawatan Setiausaha Persekutuan terpaksa dihapuskan untuk sekitar satu dekad sebelum dipulihkan semula.

Di Penang pun sering berlaku keadaan dimana calon untuk mengisi jawatan tertinggi Persekutuan ditentang oleh kerajaan negri.  Pernah calon Melayu untuk jawatan Pegawai Kewangan ditolak oleh Ketua Menteri; sebaliknya seorang pegawai Cina mengisi jawatan tersebut.

Perkara seperti itu berlaku ketika kerajaan negri adalah kerajaan BN juga.  Jadi kenapa sekarang perkara seperti ini menjadi kecuh?  Adakah kerana kini kerajaan negri itu bukan BN?

Secara logiknya seseorang yang akan mengisi jawatan tertinggi berkenaan mestilah seseorang yang boleh diterima oleh kerajaan negri.  Ini dapat melancarkan jentera kerajaan dan mengelakkan geseran serta pertembungan yang tidak menyenangkan.  Dengan itu usaha pembangunan untuk negara dan rakyat juga dapat berjalan lancar.

Bukan susah sangat untuk mezahirkan suasana menang-menang.

Sunday, January 2, 2011

SUDAH DI TAHUN BARU

Saya dan seisi keluarga telah pergi bercuti sekejap ke Kota Kinabalu.  Perancangan 'last minute' sebenarnya.  Kebetulan dapat tiket pergi balik dengan harga diskaun.

Kita sudah pun berada di tahun 2011.  Jadi elok kita sama-sama merasa syukur kerana masih diberi berkesempatan untuk menikmati tahun ini.  Semoga semuanya akan jauh lebih baik untuk kita semua.

SELAMAT
TAHUN BARU 2011