Thursday, December 30, 2010

PENGAKHIRAN YANG BAIK

Akhirnya Malaysia berjaya mencatat nama sebagai pasukan bolasepak yang patut dihormati.  Berbaloi dedikasi Rajagopal melatih pasukan negara.  Kiranya ini adalah pengakhiran yang baik.  Kita boleh juga katakan tahun 2010 melabuhkan tirai dengan agak bergaya.

Walaupun perlawanan akhir Piala Suzuki dicemari dengan insiden laser di pusingan pertama di Kuala Lumpur, ia tetap menunjukkan pasukan negara memang ada kualiti dan layak.  Biarpun kalah di pusingan di Indonesia, ia adalah kekalahan tipis.  Secara aggreget, Malaysia menang dengan 4 gol berbalas 2.

Sekalung tahniah untuk pasukan muda negara.  Syabas untuk Rajagopal dan anak-anak didiknya.  Semoga semangat ini akan terbina dan berkembang hingga ke tahun-tahun akan datang.

Saturday, December 25, 2010

JOM PERGI MAKAN-MAKAN

Selamat Hari Christmas untuk semua Christians.  Kita yang lain pun tumpang gembira cuti sekali.  Sayangnya cuti hari Sabtu saja.

Apa yang best bila hujung tahun dengan suasana meriah menyambut Christmas, bermacam-macam sales ada.  Mall dan pusat membeli belah dihias cantik pula tu.

Satu perkara lagi yang amat menarik ialah ada pesta makan di kebanyakan hotel dan restoran terkemuka dengan tawaran-tawaran istimewa.  Jadi jom la kita  ikut sekali pergi makan pelbagai hidangan istimewa.  Di mana?  Lu fikir la sendiri!  Hehe.

Sebenarnya duduk tengah mencari juga tempat dimana ada tawaran terbaik dengan makanan beraneka rasa.  Payah-payah nanti pergi ke Restoran Melayu saja la!  Teringin nak makan pulut durian.

Thursday, December 16, 2010

GELOMBANG BUDAYA

Kita memang selalu dengar saja anak-anak VVIPs dan VIPs, seperti ahli korporat ternama dan bapa Menteri menjalani hidup mereka dengan membanggakan budaya metal, hitam dan lain-lainnya yang ala kebaratan semuanya itu.  Hari ini Menteri Perdagangan Dalam Menteri tampil bangga dengan penglibatan anaknya Dafi dalam dunia seni dengan gaya seperti di dalam gambar di bawah.


Di mana identiti bangsa kita?  Apa yang menjadi pegangan pemimpin?  Entahlah, saya memang tidak mengerti!  Malah saya amat kecewa dengan gelombang budaya seperti ini.

Friday, December 10, 2010

MAKAN-MAKAN

Di hujung tahun orang sibuk pergi cuti sana sini.  Saya terbalik pula jadinya.  Kerja banyak sangat di ketika ini.  Anak-anak pun dah bising sebab terpaksa memerap di rumah saja.

Semalam saya beli dan bawa balik popia yang kami sekeluarga suka.  Kalau sebut beli dari mana atau siapa, dah promosi percuma pula.  Tapi popia ini memang sedap.  Lihatlah gambarnya dibawah.


Dalam pada itu saya telah berjanji dengan isteri dan anak-anak akan membawa mereka pergi 'escape' duduk hotel pada hujung minggu ini.  Jadi mereka dapatlah mandi-manda di kolam renang, makan-makan dan juga pergi 'shopping' nanti.  Sekurang-kurangnya reda sedikit rasa resah mereka tu. :)

Monday, December 6, 2010

APA INI JUGA SANDIWARA?

Sedang umat Islam diambang tahun baru hijrah 1432, kita dikejutkan dengan pendakwaan mantan menteri besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo.  Beliau  dihadapkan ke mahkamah berhubung kesalahan dalam pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo.

Khir Toyo menyatakan di laman webnya bahawa beliau akan melepaskan jawatannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor berkuatkuasa serta merta.  Beliau juga berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO berhubung jawatannya dalam parti.

Adakah ini petanda utama bahawa pilihanraya memang akan diadakan dalam jangka masa terdekat?  Apakah ini semua adalah sebahagian dari satu plot dalam sandiwara besar?

Ketua Menteri Sarawak juga seperti telah memberi isyarat bahawa pilihanraya negeri Sarawak akan diadakan pada bila-bila masa.  Orang ramai tertunggu-tunggu kerana ramai rakyat Sarawak sudah membuka mata.  Samaada itu bererti pemerintah akan bertukar tangan masih sukar dibacakan lagi.

Wednesday, December 1, 2010

SAYANG ANAK SARAWAK

Saya ikut rasa terharu dan sedih dengan berita remaja Sarawak yang telah menghilang diri kerana mengikut kata hatinya ke India.  Mungkin kerana saya juga anak Sarawak, saya rasa seperti kehilangan adik pula.

Sukar bagi kita untuk mengerti apa yang telah terjadi.  Tapi jelas ada yang tidak kena.

Memang bukan pelek untuk remaja perempuan berkasih dan berkahwin dengan lelaki yang 20 tahun lebih tua darinya.  Juga tidak pelek untuk wanita Melayu jatuh cinta kepada lelaki yang bukan sebangsa dan seagama.  Cuma cara yang telah berlaku kepada remaja ini membuat kita tertanya-tanya di mana yang tidak kena.

Kita sama-samalah membantu keluarganya berdoa semoga dia mendapat petunjuk untuk sentiasa tunduk akur hanya kepada Allah Yang Maha Esa.  Semoga tidak lari akidahnya dan dia juga tidak terjebak kepada kemungkinan yang tidak baik.  Amin.

Saturday, November 27, 2010

TAKUT PULA NAK KE KOREA

Saya telah pun membayar deposit sebanyak 15% untuk kami anak-beranak turut serta melancong ke Korea Selatan pada minggu depan.  Sepatutnya saya membayar selebih bayarannya pada hari Khamis kelmarin.

Tetapi isteri saya dan anak-anak amat takut setelah mendengar berita tentang perkembangan krisis perang terkini di Korea sana.  Saya sendiri pun rasa tak berapa sedap hati juga.

Syarikat pelancong belum lagi berhasrat untuk membatalkan lawatan ini.  Tetapi kalau kita sendiri rasa tak berapa gembira nak pergi, bagaimana dapat nak meneruskannya.

Jadi saya ikut suara ramai isteri dan anak-anak.  Rugi sajalah duit deposit yang telah dibayar itu kerana jumlahnya dikira hangus jika kita sendiri yang membatalkan tempahan.

Saturday, November 20, 2010

JANGAN CAKAP & SLOGAN SAJA

Semasa Ketua Polis Negara mengambil alih beliau menekankan konsep mesra rakyat dan penduduk sebagai antara nilai utama yang mesti dilaksanakan.  Harap-harap jangan jadi seperti kebiasaan di mana bila beralih pucuk pimpinan, rakyat disuap dengan pelbagai janji dan slogan.  Semuanya kedengaran gah!

Ada cakap dan slogan yang mulanya seperti satu kesungguhan.  Namun selepas beberapa ketika, jelas semuanya hanyalah gimik untuk menarik perhatian.

Ramai rakyat biasa yang menjalani  hidup dengan mengikut saja kehendak keadaan dan waktu mudah terpengaruh dengan segala apa saja yang disuapkan.  Tetapi bagi rakyat yang lebih bermentaliti tinggi, mereka memang tidak mudah terpedaya.

Tapi perkembangan yang berlaku sekarang seperti memberi petunjuk bahawa pimpinan baru mendapat perhatian.  Sama ada ini hanyalah satu illusi, atau memang satu kenyataan, masa saja yang akan memberi jawapan tepat.

Sunday, November 14, 2010

REHAT SAKIT

Tiga empat hari juga saya terpaksa duduk rumah kerana disahkan sakit yang boleh berjangkit kepada orang lain.  Naik buntu kepala otak asyik bangun tidur di dalam dan luar bilik.

Semua bermula apabila doktor mengesahkan saya sedang mengalami sakit cacar.  Mulanya geli hati sebab dah tua-tua takkan pula sakit cacar. Tapi katanya, mungkin dulu semasa kecil semuanya tidak keluar habis!

Hari ini saya sudah disahkan bukan terkena cacar.  Sebaliknya hanya ruam tapi suhu badan terlebih panas kerana penyakit tonsil saya.

Aduh!  Bermacam perasaan yang hadir selepas diberitahu begitu - geram, marah, sedih dan entah apa-apa lagi.  Berjam-jam juga dihantui perasaan negatif tu.  Malam ini barulah reda. :)

Thursday, November 4, 2010

BN MENANG RAKYAT MENANG?

Keputusan pilihanraya kecil di Batu Sapi dan Galas sudah pun diumumkan.  Ternyata kali ini kemenangan berpihak kepada parti pemerintah diperingkat nasional iaitu Barisan Nasional (BN).

Majoriti undi adalah bertambah dari keputusan lalu.  Di Batu Sapi majoritinya berganda dari keputusan pilihanraya dulu iaitu sebanyak 6,359 undi.  Sementara di Galas pula BN telah berjaya merampas kembali DUN ini dengan majoriti sebanyak 1,190.

Ternyata faktor kemenangan di Batu Sapi masih berpaksi kepada siapa yang menghulur lebih banyak.  Bermakna masih menular unsur yang tidak sihat.

Adakah kemenangan BN ini akan benar-benar memanafaatkan rakyat?  Masa dan keadaan pasti akan memberi petunjuk yang sebenar nanti.

Sunday, October 31, 2010

SERANGAN ANGIN AHMAR

Sejak semalam topik yang saya turut ikut perkatakan ialah tentang penyakit stroke atau dikenali juga sebagai angin ahmar.  Ini adalah kerana abang sulung saya baru saja terkena stroke ini.  Ibu memanggil anak-anak lain balik ke kampung untuk memberi sokongan moral.

Ini bukanlah sesuatu yang di luar jangkaan.  Abang saya terlalu amat stres sejak setahun yang lalu selepas rakan kongsi niaganya songlap sebahagian besar duit syarikat.

Saya pulang selama dua hari untuk bersama keluarga.  Memang kasihan melihat keadaan abang yang dalam keadaan separa sedar.  Beliau lumpuh total dan terlantar tanpa dapat berkata-kata.  Doktor pula tidak menjanjikan apa-apa.

Nampaknya, keluarga abang saya terpaksalah memberi perhatian kepada beliau.  Beliau sekarang bergantung sepenhnya kepada bantuan orang.  Sungguh amat menyedihkan.

Agaknya ini yang selalu dikatakan oleh para medik.  Jika serangan jantung, orang boleh terus meninggal.  Tetapi jika terkena stroke, orang boleh lumpuh untuk tempuh masa yang tiada terhad.

Kita mesti harus lebih peka menjaga keperluan kesihatan badan kita.  Jika sudah terjadi perkara seperti ini, semua orang susah! 

Tuesday, October 26, 2010

SEMENTELAH BUANG MASA

Sepetang saya membuang masa menunggu klien yang tidak datang-datang.  Apa nak buatkan, kekadang memang terjadi perkara seperti begini.

Saya menunggu sejak pukul 2.30 petang hingga membawa ke senja.  Nasib baiklah saya menunggu di lobby hotel.  Jadi dapatlah menggunakan kemudahan hotel untuk solat dan sebagainya.

Apabila hampir senja, barulah klien tu menelefon memberi tahu bahawa keretanya rosak.  Beliau mahu menjadualkan pertemuan besok hari.  Tapi saya minta dia datang ke pejabat saya saja.  Tak adalah saya membuang masa seperti hari ini, jika ada halangan lainnya.

Tadi semasa menjelang senja, saya nampak pemandangan sekitar hotel itu cantik pula.  Jadi saya ambillah gambarnya.  Lihatlah pemandangan Kuala Lumpur di waktu senja ini.

Sunday, October 17, 2010

PEMBANTU RUMAH TEMPATAN

Hari ini Pengerusi FELDA berkata bahawa Lembaga ini sedang menjana perancangan untuk menyediakan khidmat pembantu rumah yang terlatih.  Mereka akan melatih peserta dengan kepakaran yang perlu.  Pihak Yayasan akan bertindak sebagai ejen dalam menyediakan khidmat bekalan pembantu rumah tempatan yang terlatih kepada majikan, disamping memastikan kebajikan pekerja berkenaan terjaga.

Mengikut Perancangan, program menyediakan pembantu rumah terlatih akan bermula pada Januari akan datang.  Peserta akan menjalani latihan selama setahun.  Pembantu rumah terlatih kemudian akan bekerja dengan kadar gaji antara RM 700 ke RM1,000.

Jika ini benar-benar menjadi kenyataan, ini anjakan yang bagus untuk rakyat Malaysia.  Sekurang-kurangnya ini akan menguntungkan semua pihak.

Majikan akan rasa terjamin dengan tawaran perkhidmatan seperti ini.  Pekerja dijamin terlatih, dan kadarnya juga berpatutan.  Pembantu pula akan mendapat jaminan pekerjaan dan lindungan sebagai pekerja.

Harap ini bukan cakap politik saja.  Begitu juga, biarlah jumlah kemasukan pelajar tidak terhad kepada 100 pelajar yang gagal mendapat tempat ke institusi pengajian itu saja.  Tentu lebih bijak untuk turut melebarkan pengambilan peserta dari kalangan penuntut lepasan sekolah di seluruh negara.  Pasti lebih ramai lagi yang mahu mengikuti kursus ini jika ada jaminan pekerjaan dan gajinya juga agak lumayan.

Apa yang nyata sekarang mereka yang bekerja sebagai pembantu pejabat dan kerani pun tidak begitu tinggi pendapatannya.  Itupun ramai yang mahu bekerja.

Jika FELDA ikhlas dan serius, dalam masa setahun lagi masaalah mendapat pembantu rumah terlatih akan dapat ditangani dengan lebih efektif.  Majikan pun tentu lebih selesa kerana tidak payah melalui proses pengambilan khidmat warga asing yang amat lece.

Monday, October 11, 2010

KEBESARAN ALLAH SWT

Apabila mendengar Maher Zain berterus-terang menyatakan bahawa dia pernah tersasar hinggakan sampai dia terlupa membaca Al Fatihah tiga tahun yang lalu, saya makin amat insaf tentang kebesaran Allah SWT.  Bukan apa, saya juga pernah mengalami peristiwa hampir serupa semasa umur sebaya dia terjebak sesat itu.

Sebagai anak bongsu, saya lebih dimanjakan.  Ibu selalu mengikut apa saja mahu saya.  Cuma Ayah saja yang selalu mengingatkan Ibu supaya jangan berlebihan mengalah dengan kemahuan dan kerenah saya.

Selepas habis Tingkatan 5, saya tidak mahu belajar lagi.  Sebaliknya saya terus cari kerja dan nasib saya baik kerana mudah mendapat jawatan di sektor awam.  Kemudian saya ikut-ikutan dengan gaya remaja yang suka berpoya.  Gaji tak cukup, Ibu sedia menampung keperluan saya.

Tiga tahun lebih saya hanyut.  Saya sentiasa pulang rumah hampir ke subuh hari.  Sembahyang langsung ditinggalkan kerana sentiasa berdampingan dengan kumpulan kawan yang menunggang air setan!

Sehingga satu hari saya difitnah terlibat dadah.  Nasib baik abang sulung saya merayu pegawai penguatkuasa supaya melepaskan saya dalam jaminannya.

Sejak hari itu saya bertaubat.  Saya berkenalan dengan isteri saya, dan dua tahun kemudian kami terus ke jinjang pelamin.  Alhamdulillah, saya diberi peluang bertaubat dan memperbaiki diri.

Tuesday, October 5, 2010

KACANG CERDIK

Semalam saya pergi untuk pemeriksaan doktor.  Secara berseloroh doktor berkata, jika nak kurangkan stres eloklah saya makan 'pistachios' atau apa kita kenali juga sebagai kacang cerdik.  Saya ketawa dan bertanya apa kaitan kacang cerdik dengan stres.

Mengikut penerangan doktor ini kajian saintifik yang kukuh membuat kesimpulan bahawa dengan pengambilan kacang cerdik dalam diet seharian, ia  akan berupaya melawan tekanan dari kehidupan seharian kita.  Kajian juga menunjukkan kadar kolestrol terkawal.  Dengan memakan kacang cerdik juga akan menurunkan  risiko untuk mengidap barah paru-paru dan juga lain-lain barah.

Selain itu katanya kacang cerdik juga bantu merangsangkan pertumbuhan kepada manusia dari semasa dalam kandungan lagi.  Kanak-kanak yang lahir dari rahim ibu yang makan kacang cerdik dalam diet hariannya akan jauh lebih tinggi IQ mereka, dan menjadi anak-anak pintar.

Termakan pula dengan segala penerangan doktor, saya pun bertekad untuk mula makan kacang cerdik tiap hari.  Sebelum balik kerja, saya terus saja singgah di Supermarkat.  Kebetulan pun isteri telah pesan minta belikan beberapa bekalan dapur.

Apabila membeli dengan banyak, barulah saya tengok harga kacang cerdik tu betul-betul.  Mak Datuk ai!  Mahalnya harga kacang ini.

Waktu duduk makan kacang cerdik ini seorang staf yang senior menegur secara berseluruh.  Katanya, 'jangankan isteri mengandung, suami yang makan kacang cerdiknya!'

Saya tak pula tahu cerita disebalik kacang cerdik.  Jadi saya tak dapat menangkap apa maksudnya.

Mengikut ceritanya kacang cerdik ada kaitan dengan cerita orang Arab dan orang Yahudi.  Orang-orang benua ini memang suka makan kacang cerdik.  Ibu-ibu mengandung memang menjadikannya diet harian kerana mereka semua mahukan keturunan yang cerdik serta pintar.

Jadi itulah yang dimaksudkan staf itu, iaitu berusaha melahirkan generasi yang pintar.  Jadi jenakanya bermaksud bila makan kacang cerdik, anak akan menjadi lebih pintar.

Sebenarnya, tempuhari ada teman niaga datang melawat gudang.  Oleh kerana pekerja-pekerja tidak meletakkan stok barang dengan kemas, ia kelihatan agak berterabur.  Tetamu berkenaan komen, 'kalau pekerja tidak pintar, suruh mereka lahirkan anak pintar!'

Thursday, September 30, 2010

HAK MUTLAK PINGAT KEBESARAN

Sejak akhir-akhir ini kita sering dengar bukan saja tentang penganugerahan pingat kebesaran, tetapi juga tentang pembatalan serta penarikan balik pingat itu.  Kasihan juga kepada mereka yang terpaksa melalui situasi ini walau apapun sebabnya.

Dari sejak saya kecil hinggalah kira-kira tiga tahun kebelakangan ini, sekarang barulah saya dengar tentang peristiwa pembatalan pingat kebesaran.  Sebelum itu yang kita tahu ialah mereka itu dan ini mendapat pingat kebesaran negeri-negri dan juga negara.  Pingat-pingat tertinggi akan membawa gelaran seperti Dato'/Datuk, Dato' Sri/Datuk Seri, Tan Sri dan Tun.  Isteri-isteri juga secara automatis mendapat gelaran yang setaraf..

Kini baru orang ramai sedar bahawa penganugerahan itu tertakluk kepada  beberapa syarat.  Pingat-pingat itu adalah kuasa hak mutlak ketua pemerintah negeri-negeri ataupun kerajaan pusat yakni bergantung kepada pemberinya.

Kalau begitu keadaannya, seram juga ya?  Perkara ini melibatkan maruah, jadi tentu amat memalukan jika berlaku.  Mana tau kalau sebab sebenarnya ialah kerana terfitnah berat.

Friday, September 24, 2010

WHAT A JOKE

The deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin claimed that his hands are tied in matters pertaining to the cases of the two school principals who allegedly uttered racial remarks.  He claimed only the Public Service Department (PSD), under the Prime Minister's Department could take action.

What a joke?  Politicians always talk politically.  Very often they do not mean what they say, or worst, they do not understand what they are saying!

Our leaders always cry foul about others' misdeeds and inactions.  But when these happen in their own backyard and places under their control, they would offer 101 excuses.

You try asking the PSD about this.  Know what, you would not get the straight answers too.

Friday, September 17, 2010

CAMERON HIGHLANDS NYAMAN

Saya sekeluarga mengikut kawan sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands selama dua malam.  Tempahan kawan untuk mendapat apartmen syarikat berjaya, jadi mereka memelawa kami bersama kerana apartmen tu agak besar.

Ini adalah lawatan pertama kami sekeluarga ke sana.  Rupanya jauh juga perjalanan untuk sampai di Cameron Highlands tu.  Nasib baik juga cuaca agak baik.

Cameron Highlands ni menyeronokkan juga.  Suasananya agak sunyi dan menyenangkan.  Kata orang Sarawak, "Nang nyaman!""  Rasanya mahu ke sana lagi jika berkesempatan. :)

Monday, September 13, 2010

BALIK TETAMU MENUNGGU

Isteri saya telah memberi kenyataan dengan rakan jiran tetangga semasa terakhir berjumpa sebelum balik ke kampung bahawa beliau bersedia menerima mereka berkunjung berhari raya selepas balik dari Kucing.  Rupanya mereka betul-betul menganggap itu sebagai satu undangan.

Tengah hari tadi kelam kabut isteri saya menelefon saya minta supaya segera balik dengan membeli apa-apa makanan yang dapat.  Katanya jiran-jiran menelefonnya nak datang beraya dalam pukul 4 petang.

Nasib baik juga ada gerai makanan di Seksyen 14 Petaling Jaya yang sudah mula berniaga.  Saya belilah mee bandung sebanyak 12 bungkus dengan kuahnya di asingkan.  Selepas tu, saya singgah beli tart kastad di kedai kek  yang berdekatan.

Sampai di rumah tetamu sudah pun ada.  Mereka sampai terdahulu sedikit .  Nasib baik jugalah.

Thursday, September 9, 2010

MINAL AIDIL WAL FAIZIN

Jom kita meraikan kejayaan Ramadhan dengan Eid Mubarak pula.  Sebulan sudah kita berusaha melakukan amalan ibdah yang baik terdaya mungkin.  Kini Syawal dah tiba.  Kita harus merayakan dengan gembira bersama kaum keluarga, sanak saudara dan kawan rakan semua.

Kalau di Kucing, Raya memang diraikan seminggu dengan meriah.  Ramai saling berkunjungan dari pagi membawa ke malam dengan pakaian meriah Raya.  Selama sebulan Syawal memang dimanafaatkan untuk mendekatkan kembali silaturrahim.

Pelbagai juadah dihidangkan.  Kira penuhlah meja.  Yang istimewa tu ialah kek hati pari dan kek lapis pelbagai macam.  Di samping itu, memang ada hidangan tradisonal Raya seperti ketupat dan rendang.  Biasanya juga setiap keluarga membuat juadah istimewa lain seperti laksa Sarawak, nasi kebuli. briyani dan segala lauk pauknya.

Jadi elok jugalah kita sama-sama ikut meraikan suasana gembira ini.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Maaf zahir dan batin.

Tuesday, September 7, 2010

LAWAK! LAWAK!

Memang betul lawak ni.  Ada ke orang Sarawak tunggu resipi makanan Sarawak dari orang Malaya!

Terlebih dahulu, saya minta maaf la jika ada yang tersinggung.  Orang Sarawak panggil orang Semenanjung demikian bukan kerana biadap atau tidak menghormati orang Semenanjung.  Tetapi itu sebenarnya memang panggilan mesra untuk orang Semenanjung.  Percayalah.  Kak G pasti mengiyakan. Ya kan? :)

Cerita lawak ni sebenarnya adalah benar.  Saya memang orang Melayu Sarawak jati.  Isteri saya pun orang Sarawak juga.  Tapi sudah lama juga kami tinggal di Petaling Jaya.  Sekarang kami sedang bercuti Raya di kampung.

Saya memang menunggu blogger Ddrfauziah aka Kak G memberi resipi bubur pedas Sarawak.  Bukan apa, selama ini semua resipinya yang isteri saya cuba memang sedap-sedap.  Lama dah kami tunggu, sejak mula Ramadhan lagi.  Saja la nak tengok apa kelainannya.

Semalam Kak G beri resipi untuk buat bumbunya.  Saya pun cerita kepada Mak dan keluarga lainnya.  Mak saya pulak kata nampak macam sedap.  Mula beliau terus nak buat selepas menyediakan bumbu mengikut resipi Kak G tu.  Last minit, dia tukar fikiran nak tunggu tengok resipi Kak G dulu pulak.  Bermacam-macam sayur dia siapkan.  Dari petang tadi dia asyik suruh saya check.

Baru sekejap tadi Kak G beri resipinya.  Mak saya terus teruja.  Dia nak buat untuk makan sahur nanti.

Itulah cerita lawaknya! Kah3 ..... memang geli hati kan?  Terima kasih banyak kepada Kak G kerana menghidupkan integrasi nasional!

Friday, September 3, 2010

RAYA HARI JUMAAT

Mengikut Rukyah, Hari Raya tahun ini akan jatuh pada hari Jumaat depan, iaitu pada 10 Septembar.  Nampaknya sekali lagi kita akan mengalami hari Jumaat dengan dua kutbah: kutbah Raya dan kutbah Jumaat.

Oleh kerana Hari Raya jatuh pada hari Jumaat, cuti umum ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.  Jadi tidak ada cuti panjang percuma la.

Cuti sekolah pula bermula pada hari Sabtu 4 September esok dan akan berakhir pada 12 September.  Katanya ada beberapa sekolah akan mengambil cuti tambahan dua hari selepas Raya dengan menggantikannya pada mana-mana hari Sabtu.

Bagi warga kota yang berasal dari luar KL dan PJ seperti saya sekeluarga, kita kenalah sesuaikan cuti Raya dengan cuti persekolahan tahun ini.  Maknanya, pada tahun ini kita berpeluang merasakan suasana puasa lebih lama di kampung masing-masing.

Tuesday, August 31, 2010

SALAM MERDEKA

Selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 53.  Salam merdeka untuk semua juga.  Di samping itu selamat meneruskan ibadah puasa dan amalan ibadah lain yang terbaik untuk mendapat ganjaran Lailatul Qadar.

Bagus juga ya semuanya terkumpul sekaligus begini. :)

Monday, August 23, 2010

SUP LALAT!

Sejak semalam lagi rasa nak makan sup perut campur lidah.  Jadi hari ini saya berusaha habiskan kerja cepat dan langsung menghala pulang.  Sebelum balik ke rumah, singgah la di pasar Ramadhan di mana pelbagai sup dijual.

Walaupun bertolak lebih awal dari biasa, lewat pukul 6 petang baru sampai di pasar Ramadhan.  Selepas itu pusing-pusing mencari parkir pula.

Sampai jer di gerai sup itu, memang tak berapa ramai orang.  Dalam menunggu giliran saya terperasan begitu banyak ekor lalat hijau yang besar tu di dalam pelbagai bahagian isi sup.  Di dalam bahagian perut dan lidah pun ada beberapa ekor lalat hijau ni.

Terus tekak naik loya pula.  Terlintas di dalam hati, 'sup perut dan lidah atau sup lalat hijau?'  Terus pesanan dibatalkan dengan alasan dah lewat sangat.

Waktu berbuka tadi tekak saya terus merasa loya.  Makan apa pun rasa nak muntah.  Isteri kata ini kerana perut masuk angin.  Tak mungkin itu sebabnya!

Saturday, August 21, 2010

SAH SUDAH TENTANG PILIHANRAYA

Mengikut sumber dari negri kelahiran saya, pilihanraya negeri akan diadakan dalam masa terdekat.  Bila tarikhnya tentulah hanya akan diumumkan nanti.

Ikutkan hati malas nak balik mengundi.  Tetapi jika diadakan semasa saya sekeluarga balik bercuti sempena hari raya, tentulah saya akan turut mengundi juga.

Angin bertiup kencang dengan perubahan sikap ramai warga Sarawak.  Namun begitu, tiada janji yang pasti.  Bukan apa, rakyat yang miskin tegar di ceruk pendalaman mungkin akan mengikut tradisi juga.

Friday, August 13, 2010

PUASA MENAHAN LAPAR

Nampaknya ramai orang berpuasa dengan hanya menahan rasa lapar dan dahaga di siang hari saja.  Nafsu kebanyakan manusia masih di tahap yang kurang mantap.  Saya pun kekadang rasa saya mengikut nafsu.

Salah satu hal yang ketara ialah ramai orang yang berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini masih berpakaian yang tidak Islamik.  Ramai perempuan terus memakai seluar sendat, berskirt dan berbaju pendek serta pastinya tidak bertudung.

Kemudian masih ramai asyik suka mengutuk orang.  Ada saja yang tak kena mengenai orang lain.

Seperkara lagi ialah tentang orang ramai berpusu-pusu ke pasar/bazaar Ramadhan.  Sudah dua hari berpuasa ini jalan-jalan menuju ke pasar/bazaar Ramadhan begitu sesak.  Lepas itu kebanyakan gerai makanan/minuman memang ramai orang beratur menunggu giliran membeli.  Macam-macam yang dibeli.  Ini termasuk saya jugalah.

Aduh! Bila difikirkan memang terasa benar ramai orang memang berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga di siang hari saja.

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK

Pihak berwajip sudah mengesahkan bahawa umat Islam Malaysia akan memulakan ibadah puasa wajip Ramadan tahun ini mulai esok hari.  Segala ibadah wajip dan sunat Ramadan bermula dari malam ini.

Marilah kita sama-sama menyemarakkan Ramadan 1431H ini dengan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.  Semoga Allah SWT merahmati kita dengan kekuatan dan kesihatan serta umur yang panjang untuk mendapat sebaik-baik dan sebanyak-banyak ganjaran tahun ini.

SELAMAT BERAMAL IBADAH
SEMARAKKANLAH
RAMADAN AL MUBARAK 1431H

Monday, August 2, 2010

IKAN TERUBUK MASIN

Antara buah tangan yang sering dibeli di Sarawak termasuklah ikan terubuk masin.  Di mana-mana pasar atau pasar tani mesti ada orang jual ikan terubuk masin ini.  Harganya tidak juga murah.

Saya sebagai seorang Sarawak jati, iaitu memang 100 peratus, pun kurang mengerti kenapa terubuk masin ini popular.  Bagi saya tidak ada apa rasa istimewanya.  Habis-habis orang goreng sebagai ikan kering atau ikan asin saja.  Mungkin ada yang buat masak lain seperti kari atau masak lemak.  Begitu pun saya tidak rasa ia istimewa.

Bagi saya telur terubuk adalah jauh lebih sedap dan lebih istimewa.  Tetapi sekarang harganya amat mahal dan memang susah juga untuk mendapat bekalannya.

Friday, July 30, 2010

PELUANG ADA TAPI TAK ADA REZEKI

Mungkin juga kebanyakan orang di Semenanjung ni fikir orang Sarawak menjual kek lapis.  Ramai juga bertanya dengan saya untuk menempah kek lapis ini.  Ada juga yang menawarkan khidmat untuk menjadi agen menjual.  Malah ada sebuah syarikat pengedar menawarkan untuk membeli secara pukal.

Pendek kata peluang untuk mencari wang tambahan sudah terbuka luas.  Memang untungnya lumayan juga iaitu antara 25 - 40 % bergantung kepada peluang mana yang saya ambil dan jenis-jenis keknya.

Jika saya bersetuju dengan tawaran syarikat pengedar tu, ini yang paling mudah dan lumayan.  Walaupun komisennya hanya 25% tetapi jumlah pesanannya memang besar iaitu minima 1000 kek masam manis dengan sebiji kek dibeli dengan harga borong RM 80.  Di waktu yang sama saya boleh mendapat bekalan dengan harga RM 65 sahaja sebji.  Maknanya saya bagi setiap sebiji kek, saya dapat RM 35.  Lumayan kan?

Tetapi satu masalah besar ialah saya memang agak sibuk sekarang.  Nanti kerana terkejar-kejarkan peluang yang lumaya ini, kerja saya terganggu dan menumbulkkan masaalah besar pula nanti.  Jadi saya pujukkan hati dengan mengatakan, 'memang tak ada rezeki untuk tahun ini.'

Walaubagaimanapun saya telah memberi peluang ini kepada seorang saudara yang juga merupakan kawan baik saya.   Sekurang-kurangnya saya mendapat pahala.

Wednesday, July 28, 2010

"JUMPA DI SYURGA"

Di dalam lagu, semasa kehidupan dan kematian, orang sering berucap "Jumpa Di Syurga" seolah-olah semua manusia akan berakhir di Syurga di Sana.  Tetapi yang berlagu, yang saling mengucapkan ramai yang hidupnya tidak menepati ciri-ciri ahli-ahli Syurga.

Dalam melihat kesedihan keluarga yang ditimpa musibah, saya turut rasa simpati.  Orang tersayang sudah terbujur kaku di atas katil menanti upacara mandi, mengkafankan, disembahyangkan dan seterusnya untuk dikebumikan.  Keluarga si mati berpakaian serba hitam.  Begitu juga dengan orang-orang yang datang berziarah kebanyakannya berpakaian serba hitam atau serba putih ataupun dalam warna-warna pastel lembut.

Semasa orang mengkafankan, terdengar siibu memberitahu anak-anaknya bahawa bapa mereka sedang dalam perjalanan ke Syurga.

"Papa will look after us from up there in Heaven," ibu terus memberitahu anak-anaknya yang dalam peringkat umur berbeza antara 8 - 20 tahun.

Bisik salah seorang yang turut hadir ziarah kepada teman disebelahnya, "Mereka agama apa?" yang membuat beberapa berdekatan mengalih pandangan kepadanya.

Mengikut dari cerita sipencerita, mereka sebenarnya hidup seperti warga barat yang tidak mengikut peraturan hidup mana-mana agama.  Suami yang meninggal kerana kemalangan jalanraya berketurunan campuran Melayu-Cina sementara isteri pula adalah dari keturunan elit Melayu yang memang kebaratan cara hidup mereka.  Bila mati, baru dipanggil para ulama dan orang-orang yang lebih jelas Islamnya untuk mengurus mayat.

Kesimpulannya ibu ini membayangkan Syurga ciptaannya kepada anak-anaknya.  Mana ada dalam Al Quran yang mengatakan bahawa orang yang mati akan menjaga anak isteri dari atas sana di Syurga!  Sudah jelas sesat yang menyesatkan!

Friday, July 23, 2010

AKU JADI CALON?

Keluarga di kampung menyampaikan berita bahawa ramai meminta aku ikut jadi calon dalam pilihanraya negeri yang akan diadakan tidak lagi ini.  Lawak betul!

Aku hanya seorang ahli biasa.  Pun aku bukan setuju sangat dengan penjuangan parti.  Ibu bapa dan keluarga yang mendaftarkan nama aku sebagai ahli semasa mereka mengadakan gerakaan mencari ahli baru lebih sepuluh tahun yang lalu.

Memang betul la dah lama aku terdaftar sebagai ahli.  Tetapi aku tak pernah aktif pun.

Agaknya perkara seperti ini yang berlaku semasa pemilihan calon.  Hujung-hujung dapat calon yang hampeh!

Monday, July 19, 2010

DUA KALI CUKAI?

Baru saja pertengahan bulan Julai, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sudah menggesa pemilik rumah dan harta premis supaya membayar cukai.  Sebenarnya bayaran cukai taksiran penggal kedua diberi tempuh sampai 31 Ogos.

Saya lebah sebal sebab saya terpaksa bayar cukai taksiran ke atas tanah kosong yang tidak berpremis.  Tanah ini saya beli di Kampung Kubu Gajah dari salah seorang penduduk di sana.  Apa yang ada di atas tanah itu hanyalah beberapa pokok buah-buahan.  Tetapi kata pejabat MBSA, sekarang sudah ada perintah untuk mengenakan cukai ke atas semua jenis tanah walaupun tanpa bangunan.

Pelek kan?  Maksud mereka ialah taksiran di atas tanah.  Walhal sudah ada bayaran cukai tanah.  Jadi tanah yang sama dikenakan dua kali cukai la.  Apa punya pemerintah ... memeras rakyat saja kerjanya!

Thursday, July 15, 2010

GAGUK PILIHANRAYA

Semua sanak saudara dan sahabat handai di Sarawak sudah pesan bersedia balik untuk mengundi dalam masa terdekat ini.   Nampaknya sekarang sudah tersibar luas berita bahawa pilihanraya akan diadakan tak lama lagi.

Malah di TV pun sudah ada program temu-bual yang memberi fokus kepada soal-soal bersabit dengan pilihanraya Sarawak.  Biasanya jika pihak wartawan akhbar dan media elektronik sudah memperkatakan perkara ini, tak lamalah tu.

Insya Allah, kalau tidak ada aral melintang, saya akan balik.  Nak juga lihat suasana yang dikatakan sudah semakin panas.

Tuesday, July 13, 2010

VIVA ESPANA

Walaupun aku bukan orang Sepanyol, aku ikut menari gembira.  Aku turut jerit denga gembira.  Kenapa?

Pasukan bolasepak menunjukkan mutu permaian yang tinggi.  Mereka mengawal bola dengan baik dan pemain-pemain juga menunjukkan dedikasi dan semangat kesukanan yang tinggi.

Sepanyol adalah pasukan yang berprestasi tinggi.  Tetapi mereka tidak pernah bernasib baik dan gagal ke peringkat skhir.

Sekali ini mereka menyertai pertandingan Piala Dunia 2010 sebagai salah satu pasukan favorit.  Mereka adalah Juara Eropah.  Tetapi mereka kalah satu perlawanan awal yang seperti memberi petanda bahawa nasib masih tidak bersama mereka.

Tetapi selepas itu mereka terus menang.  Permainan mereka cantik.  Mereka yakin tapi gementar semasa perlawanan akhir.  Rentak mula mengucar-kacirkan rentak permainan mereka kerana jelas Belanda dari mula memang cuba menyerang pemain Sepanyol, dan bukannya cuba mendapatkan bola.

Namun sekali ini nasib bersama mereka.  Dalam keadaannya cedera dan berada di tahap bawah keupayaannya, Fernando Torres pas bola cantik kepada Iniesta yang berjaya menjaringkannya dengan cantik pula di masa tambahan.

Adil sekali kerana Piala Dunia 2010 telah memahkotakan Sepanyol.  Memang Sepanyol adalah salah satu pasukan yang terbaik di dunia kini.  Semalam pun mereka adalah pasukan yang lebih baik.

Viva Espana!

Saturday, July 10, 2010

OCTOPUS VERSUS PARAKEET

It is very ticklish indeed to read about how Octopus Paul became popular after making successful pedictions on the outcome of the World Cup matches.  Never imagine that people could be very captivated.

The latest news is Octopus Paul picks Spain to win World Cup.  People around the world set their eyes on Paul again today as he made this biggest prediction.

TV stations in Germany, Great Britain, Taiwan and elsewhere broadcasted live pictures, complete with breathless commentary, of his final decision for the tournament. Millions watched as the world-famous octopus descended upon on a tank marked with a Spanish flag, sitting for only a few minutes before grabbing a mussel and devouring it, while completely ignoring the Dutch tank - indicating a Spanish victory in Sunday's final match in Sunday's final.

However,this was the first time he had been tasked to pick a game in which Germany was not involved.  The Oberhausen Sea Life aquarium bowed to overwhelming demand to see who he would choose in the final. Paul correctly predicted Germany's wins over Argentina, England, Australia and Ghana and the country's loss to Spain and Serbia.

He also predicted earlier on Friday that Germany will win over Uruguay in Saturday's match for third and fourth place.

Paul is no doubt the world's most famous animal oracle these days.  After all, all his predictions were proven correct.

Suddenly, there was news  about  another forecaster in the  form of a parakeet in Singapore.  We do not whether the owner is just trying to capitalize on the issue.  He claimed that the parakeet had made all the right predictions about the outcome of World Cup matches.

Of course anybody could say anything after all those matches have concluded.  Now he is blowing the horn to tell news.  Let us wait and see the latest prediction.  It is interesting to note that the parakeet predicted that the Dutch team would win the Sunday's final match.

Wednesday, July 7, 2010

GEJALA AKHIR ZAMAN

Di akhir zaman ini bermacam-macam gejala berlaku.  Hari-hari bermacam-macam berita kita baca di akhbar dan internet serta dengar di radio dan TV.

Tapi cerita semalam mengenai seorang suami di madukan oleh isteri mudanya itu kira-kira adalah sesuatu yang sedikit berbeza.  Saya pernah dengar tentang pasangan suami isteri secara sukarela bertukar-tukar pasangan di kalangan mereka.  Semalam baru itu sekali saya dengar cerita isteri muda mempunyai kekasih gelap.

Agaknya isteri muda it sudah tak kisah sampai sanggup mempunyai hubungan dengan hanya seorang tukang cuci kereta.  Alangkah malang lagi nasibnya bila tertangkap basah pula dengan pasangannya itu.

Naa u'uzubillah.  Semoga perkara-perkara yang sumbang mahram dan haram semuanya dijauhkan dari saya sekeluarga dan juga dari keturunan kami hingga ke akhir dunia.

Monday, June 28, 2010

BISA MULUT IBU BAPA

Jiran kami di sebelah kiri kanan selalu saja kedengaran bergaduh.  Mereka keduan-duanya adalah keluarga Melayu juga.

Kebanyakan penduduk di sini adalah juga pemilik.  Tetapi jiran sebelah kiri rumah kami hanya menyewa tapi mereka sudah lama juga di sini.

Apa yang saya tidak berapa senang ialah kami sekeluarga seperti tersepit di antara dua keluarga yang sering bergaduh.  Memanglah mereka bergaduh sesama ahli keluarga mereka tetapi kekadang suara mereka terlalu kuat hingga jelas kedengaran jika kami berada di anjung rumah.  Mereka memaki hamun dan menggunakan perkataan yang kesat dan lucah.

Selalu juga kami dengar mereka mengherdik dan memaki anak-anak sendiri dengan perkataan seperti: 'Tak guna .. bodoh .. celaka .. babi .. barua .. ' dan lain-lain lagi.  Anak-anak saya pulak yang komplen kepada kami suami isteri.kerana kata-kata kesat yang digunakan itu.

Tak tahulah apa pendirian mereka.  Bagi saya itu adalah amat tidak sihat.  Keluarga saya suami isteri terdidik supaya sentiasa becakap perkara yang baik-baik tentang anak-anak.

Ucapan ibu bapa adalah seperti doa.  Jika perkataannya tidak baik, bisanya ucapan itu kerana seperti mendoakan anak-anak menjadi tidak baik begitu.  Kalau pun mereka bersalah seharusnya dimarahi sebagai nasihat supaya mereka akan menjadi baik.

Thursday, June 24, 2010

HOPE IT IS GOOD FOR SARAWAK

As a Sarawakian, I am quite pleased to hear that The Sarawak National Party (SNAP) had succeeded in setting aside its de-registration.  I hope it is good for Sarawak.

I quote the related news  in its entirety below:
PUTRAJAYA: The Sarawak National Party (SNAP) has succeeded in getting the Court of Appeal to set aside its de-registration by the Registrar of Societies (ROS), eight years ago.

The court on Wednesday also ordered ROS to pay RM10,000 costs.

Justices Datuk Zainun Ali, Datuk Ramly Ali and Datuk Zaharah Ibrahim unanimously allowed the appeal brought by SNAP’s then-deputy president Datuk Justine Jinggut against a High Court dismissal of his bid to quash the ROS decision.

The ROS de-registered Snap on Nov 5, 2002, following the party’s failure to resolve its protracted leadership crisis since April that year, and was dissatisfied with the office-bearers constituted because of the internal dispute.

Jinggut then filed a judicial review of the ROS ruling but that was dismissed by the High Court on Sept 15, 2006.-Bernama
Rumours is rife that the state election would be called anytime sooner than later.

Monday, June 21, 2010

BAKAT MENIPU

Semua orang tahu ada pelbagai cara menipu di dalam peperiksaan dari peringkat serendah sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti.  Cumalah caranya jelas ikut semakin canggih mengikut bersama arus kecanggihan teknologi.

Saya ingin berkongsi tentang menipu di peringkat universiti.  Bukan apa, diperingkat sekolah itu dah ramai orang tahu.

Dulu-dulu banyak mahasiswa menyediakan jawapan bagi subjek-subjek tertentu dalam cebisan kertas kecil dan meyimpan di dalam saku.  Bila sudah melihat soalan, mana-mana yang mereka tidak berapa pasti mereka akan minta untuk keluar ke bilik air.  Selepas menyemak klue yang berkenaan, mereka masuk semula dan meneruskan menjawap soalan.

Sampai sekarang ini pun masih ada pegawai yang menduduki tempat penting tertentu melepasi era universiti dan graduasi dengan cara ini.  Bukan bererti mereka bodoh, malah mungkin sebaliknya.  Tetapi mereka telah menipu untuk berada di tempat mereka berada sekarang.

Cara canggih baru ialah dengan menyimpan data di dalam 'organizer' kecil atau di dalam telefon bimbit.  Modus operandi seterusnya hampir sama, iaitu mereka akan minta keluar selepas melihat soalan  dan menilai data di dalam simpanan.  Kemudian barulah mereka menjawap soalan yang mereka kurang pasti itu.

Kira bakat menipu pun merupakan satu seni jugalah.  Hasilnya menarik, dan boleh memberi pulangan yang lumayan. :)

Wednesday, June 16, 2010

KEBIASAAN YANG BAIK

Bila sudah ramai-ramai balik ke kampung bermacam aktivitilah dijalankan.  Paling popular ialah kenduri kahwin.  Tak kurang juga majlis doa selamat dan makan petang serta berkumpul dengan sanak saudara.

Masa beramai-ramai begini baru terperasan pelbagai kerenah makan sesama sendiri.  Apa yang nyata ramai tidak suka sayur dan buah-buahan.  Kebanyakan lebih selesa dengan lauk pauk lain.  Kalau makan buah tu banyak suka pisang saja.  Jika buah-buahan itu dibuat rojak, ramai pula yang makan.

Sebenarnya salahnya ialah semasa kecil kita amat jarang didedahkan untuk sentiasa makan sayur dan buah-buahan.  Semasa kanak-kanak, memang ramai tak suka jenis sayur dan buah.  Tetapi ibu bapa biarkan saja begitu.  Walhal hampir semua orang tahu bahawa sayuran dan buah-buahn amat baik untuk kesihatan kita.

Apabila kita semakin berumur dan penyakit mula hinggap, barulah kita insaf betapa tabiat pemakanan yang tidak sihat itu yang membuatkan kita tak sihat.   Badan perlukan vitamin, zat dan khasiat tertentu untuk terus bertenaga dan berfungsi dengan baik.

Jika dari kecil kita mengamalkan kebiasaan pemakanan yang baik, tentu ianya akan menjadi tabiat yang baik hingga kita dewasa.  Jadi tak adalah kita terdedah dengan pelbagai permasaalan kesihatan.

Monday, June 14, 2010

DOA MOHON PERLINDUNGAN

Banyak betul orang balik kampung di musim cuti sekolah ini.  Saya juga turut balik kampung bersama keluarga untuk seminggu.  Kali ini saya berjumpa dengan hampir semua kawan-kawan lama yang sedang bekerja di tempat-tempat lain kerana mereka juga balik bercuti.

Doa Naik Kenderaan

Sementelah sekarang masih musim cuti sekolah, elok juga rasanya saya mengingati diri saya dan kawan-kawan untuk sentiasa berdoa memohon perlindungan.  Saya berkongsi doa naik kenderaan ini bagi kawan-kawan yang belum mengamalkannya.  Semoga sentiasa dilindungi, insya Allah.

Friday, June 11, 2010

SINARAN CARRIE UNDERWOOD

Walaupun sudah lima tahun selepas bergelar 'American Idol' Carrie Underwood terus disayangi peminat.  Suaranya merdu dan keperibadiannya amat menyenangkan.  Lagu-lagu genra 'country' yang dinyanyikan olehnya masih digemari ramai.

Semalam idola ini memenangi dua Anugerah 'CMT' atas pilihan peminat.  Hanya dua bulan lepas beliau mencipta sejarah kerana berjaya memenangi Anugerah 'Academy of Country Music' penghibur terbaik  dua kali berturut-turut.

Apa yang jelas ialah sinaran Carrie Underwood berterusan kerana peminat.  Peminat terus menyenangi suaranya yang memang merdu dan sesuai dengan rentak 'country' itu.  Mereka juga menghargai sifat rendah dirinya.  Underwood pula sentiasa menghargai peminat serta mereka yang membantu kerjayanya.

Harapan kita agar bintang-bintang realiti TV tanahair akan mempunyai kaliber dan sifat-sifat yang disenangi peminat.

Monday, June 7, 2010

AKTIVIS KEAMANAN SELAMAT PULANG


12 Aktivis Malaysia Selamat Pulang

Semalam kedua-belas aktivis Malaysia yang turut ditahan semasa Israel menawan kapal misi keamanan Mavi Marmara tempuhari sudah selamat pulang.  Wajah mereka jelas menunjukkan keletihan yang amat sangat.  Tetapi semangat mereka masih tinggi dan mengkagumkan.

Sekarang kita mendapat gambaran yang lebih jelas tentang peristiwa berdarah yang kejam itu. Apa yang amat menyeramkan ialah pendedahan oleh ketua delegasi Malaysia dalam rombongan berkenaan.  Katanya mereka melihat senarai nama-nama dan gambar-gambar mereka yang menjadi sasaran dan mereka sekeliannya menjadi korban.  Rakyat Malaysia tidak berada di dalam senarai berkenaan dan mereka tidak ditembak walaupun ada yang diacukan pancaran laser merah.

Maknanya misi Israeal ternyata ialah untuk membunuh.  Jadi mereka sudah tahu akan berlaku pertumpahan darah.  Apa yang dinyatakan oleh pihak Israel adalah jelas suatu pembohongan.

Ahli-ahli rombongan misi yang terlibat ialah Noorazman Mohd Shamsuddin (ketua delegasi), Dr Mohd Arba Ai Shawal, Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan, Dr Selamat Aliman, Klang councillor Jamaluddin Elias, Al Hilmi Husain Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad Awang, Abd Halim Mohd Redzuan, Hasanuddin Mohd Yunus and Mustafa Mansur as well as journalist Ashwad Ismail and cameraman Shamsul Kamal Latip.

Saturday, June 5, 2010

DAULAT TUANKU


Saya ingin merafak sembah merakamkan ucapan selamat sempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda DYMM Yang Di Pertuan Agung hari ini.  Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku.  Amin.

Thursday, June 3, 2010

ISRAEL MENEGAKKAN BENANG BASAH

Dengan tekanan hebat dari seluruh pelusuk dunia Israel terpaksa berlagak rasional baik dengan membebaskan tahanan misi damai bantuan kemanusiaan yang mereka tawan itu.  Tetapi itu disusuli dengan ucapan kenyataan dari Perdana Menterinya yang masih mempertahankan tindakan mereka dalam menyerang kapal Mavi Marmara itu.

Lebih dari setengah abad Israel sentiasa memberi alasan bagi menghalalkan perbuatan mereka menyerang dan merampas hak Palestin.  Kuasa barat dan besar berulang kali itu juga terus memberi sokongan moral kepada mereka.

Semalam PM regim zionis terus melabelkan anggota misi yang mereka tawan sebagai ahli-ahli yang menyokong pergerakkan pengganas dunia.  Apa la punya manusia?  Tak habis-habis menegakkan benang basah dan menuding jari menyalahkan orang lain!!!

Sunday, May 30, 2010

GAWAI DAYAK

Perkataan Gawai bermaksud pesta atau perayaan.  Sementara Dayak merujuk kepada kaum etnik Sarawak yang terdiri dari suku Iban atau Dayak Laut dan Bidayuh atau Darak Darat.  Jadi secara amnya Gawai Dayak bermaksud Perayaan atau Pesta Dayak.  Ia juga dikenali sebagai Festival Hari Menuai.

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.  Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai atau Ketua Gawai.

Suku kaum Dayak akan saling berziarah dan berkunjung terutamanya sesama saudara dan kaum keluarga serta kawan rakan.  Ziarah dan kunjungan ini disebut sebagai 'ngabang' dalam bahasa Iban. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan akan disedia dan disajikan. Tuak yang juga dikenali sebagai air beras adalah merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak ini.

FESTIVAL HARI MENUAI

Semalam satu persembahan kebudayaan drama muzikal sempena Gawai Dayak telah diadakan di Kampung Budaya, Sentubung, Kuching.  Gambar di atas menunjukkan sebahagian peserta yang menjayakannya.  Persembahan Festival Hari Menuai ini mengunakan tema, 'World Harvest Festival Theme Play 2010.'

Drama muzikal ini mengesahkan tentang  dan mengisahkan tentang 'Batang Arong dan Ratu Langit' iaitu cerita tentang pahlawan dari suku kaum Bidayuh yang mencari kesaktian cinta.  Kelihatannya begitu ramai pengunjung yang datang terpukau dengan persembahan ini.

Sebenarnya Gawai Dayak adalah acara agama dan juga acara sosial.  Mengikut sejarah ia mula disambut pada tahun 1957.  Selepas penubuhan Malaysia, ianya mula dirayakan secara meluas mulai tahun 1964.

Thursday, May 27, 2010

MISSING P RAMLEE

It was thirty-seven years ago on May 27, 1973 when the nation mourned the loss of a great and devout artist, our very own legend, P Ramlee.  He went at a very young age of only 44 years. 

Do we celebrate  his death anniversary today?  Of course not.  It was just a reminder to us that it was indeed a great loss.  He was multi-talented, extremely devoted and genuinely a natural-born artist.

I am not going to write about his works.  Many have done that.  So I leave it to you to do whatever if you are interested to know his great contributions.

Today I just want to call upon all of you to say at least a little prayer in his honour.  Al Fatihah, may he continue to rest in peace.  May he be blessed to be among the chosen ones in Paradise. Amin, amin, amin.

Sunday, May 23, 2010

GURU BERLESEN

Letih sungguh dengan kerenah politikus-politikus ini.  Ternyata ada segolongan ini amat suka buat gimik-gimik untuk mengundanga reaksi dari orang ramai dan menguji sentimen.  semalam.

Belum reda buat gimik tentang  pembubaran ADUN Kedah, dah pula keluar saranan supaya guru berlesen.  Ternyata Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri dan timbalannya tidak sehaluan.

Saya lihat si Dr Ahmad Puad Zarkashi ini ada mirip-mirip Ibrahim Ali juga - sering mencari perhatian!  Kalau ikut pakar saikologi, orang begini ada sindrom masaalah sosial.

Syarat wajib lesen perguruan untuk guru mengajar di negara ini memang tidak praktikal dilaksanakan.  Tan Sri Muhyiddin Yassin pun bersetuju bahawa mensyaratkan lesen perguruan itu bukan langkah yang sesuai dan praktikal di negara ini.

Cukup dengan mensyaratkan lesen untuk penubuhan sekolah swasta.  Mungkin juga dipanjangkan dengan mensyaratkan warga guru di sekolah swasta juga mempunyai kelulusan yang setimpal yang diiktiraf oleh kerajaan atau pun mereka mendapat kelulusan khusus dari Kementerian Pelajaran.

Sistem pelajaran Malaysia kita adalah sistem awam, dan guru-guru adalah penjawat awam.  Semua yang diserap menjadi guru adalah ditapis oleh Kementerian Pelajaran sendiri.

Jadi tak payahlah duduk melalut yang bukan-bukan.  Tidak semua perkara boleh dipolitikkan.  Lagipun, rakyat sudah letih dengan gimik-gimik politik murahan seperti itu.

Thursday, May 20, 2010

PRODUK JUALAN LANGSUNG

Saya ingin berkongsi tentang pengalaman saya memberi produk dari syarikat jualan langsung.  Apa yang berlaku kepada saya membuat rasa serik nak membeli produk sebegini lagi.

Dua minggu lepas saya didatangi pengedar syarikat jualan langsung untuk membeli produk kesihatan.  Kira macam produk yang dapat membantu menjaga kesihatan badan keseluruhan.  Saya membelinya kerana di rekomen oleh kawan.  Tetapi ternyata produk tidak sesuai dengan saya.

Mengikut janji, produk itu boleh dipulangkan dan wang akan dikembalikan jika tidak berpuas hati.  tetapi apabila saya memulangkan produk itu selepas dua kali percubaan, pengedar tidak mahu terima dan tidak mahu memulangkan wang saya seperti yang dijanjikan tu.

Oleh kerana geram saya merujuk dengan seorang yang berpengaruh jugalah.  Kawan saya memberi amaran kepada pengedar berkenaan.  Selepas baru produk itu diambil dan wang saya dikembalikan.

Sebenarnya Akta Jualan Langsung memberi perlindungan kepada pengguna.  Tetapi masaalahnya kebanyakan pengguna tidak tahu mengenai perlindungan yang ada.  Penguatkuasaan juga tidak banyak membantu ke arah memberi kesedaran kepada pengguna.

Pertamanya, apabila ejen jualan langsung berlesen mendekati orang ramai untuk menjual produk, mereka perlu menunjukkan kad kuasa.  Kad berkenaan mesti tertera maklumat syarikat, diri dan nombor lesen, masa jualan pula hanya jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja kecuali sudah membuat temu janji pada waktu lain.

Keduanya, agen jualan juga tidak boleh memungut wang ketika itu dan hanya boleh mengambil tempahan selain pembeli diberi 10 hari ‘bertenang’ sama ada mahu membeli produk itu atau membatalkan pembelian.  Jika produk berkenaan mempunyai warenti sampingan, semua itu harus dilaksanakan.

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU

Ibu guru seperti ibu angkatku dan bapa guru seperti bapa angkatku.  Walaupun aku tidak menjadi seorang jutawan atau hartawan atau pun negarawan, aku tetap menjadi insan lebih baik.  Sentuhan, ajaran dan leteran guru turut mendewasakan diriku dengan secara positif.

Mungkin semasa persekolahan aku tak suka guru itu dan ini.  Tetapi aku masih akur sebagai murid sekolah.  Akhirnya, aku tamat juga persekolahan dan mendapat sijil.  Kira asasnya sudah ada untuk aku mengorak mengatur hidupku.

Jadi untuk itu, aku masih berterima kasih kepada guru-guru.  Sempena Hari Guru di hari ini, aku ucapkan selamat kepada semua guru-guruku dan juga semua guru-guru di tanah airku ini.

SELAMAT HARI GURU.

Thursday, May 13, 2010

LESEN JUDI SUKAN

Kekadang rasa lucu juga dengan keadaan di Malaysia. Banyak orang cepat melatah bila sesuatu isu diperkatakan oleh seseorang penting, tak kiralah sama ada kenyataan itu dibuat oleh pihak BN atau PR.

Antara isu yang hangat diperkatakan ialah tentang isu menghalalkan pertaruhan sukan yang selama ini amat berleluasa secara haram.  Timbalan Menteri Awang Adek mengumumkan permohonan telah dimajukan untuk kerajaan menghalalkan pertaruhan sukan.

Ramailah lantang bersuara menentang.  Tidak kurang juga yang menyokong, namun suara mereka ini tidak pula disensasikan.

Dalam perdebatan awam ini berterusan. kerajaan rupanya sudah pun mengeluarkan lesen membenarkan judi bertaruh ini.  Kerajaan telah pun 'menghalalkan' pertaruhan sukan dengan membenarkan syarikat judi terkemuka, Ascot Sports Sdn Bhd mendapat lesen pertaruhan sukan.

Syarikat ini adalah dimiliki sepenuhnya oleh Tan Sri Vincent Tan.  Pertama kali syarikat ini mendapat lesen untuk tujuan berkenaan isu pertaruhan ialah pada tahun 1987, iaitu semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad.  Pada tahun 2004, lesen berkenaan digantung.  Kini lesen itu sudah pun sah diberikan semula.

Kenyataan syarikat itu sendiri yang mengesahkan tentang hal ini.  Akhbar the Sun memetik kenyataan Vincent Tan seperti berikut:
I am glad the current government under Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is economically-sound like Tun Dr Mahathir Mohamad who understands that revenue is important to the government.

Why should the government forego this revenue and benefit the illegal bookies so much?

Why should non-Muslim Malaysians who enjoy betting as a hobby and as light entertainment be deprived of this pastime?

I believe those who are vocal and so strongly against sports betting must be the illegal bookies or their supporters.
Jadi segala laungan protes oleh pelbagai pihak terutama sekali dari kaca mata orang Islam tidak memberi apa-apa impak.  Kerajaan di bawah PM Najib sudah pun membuat keputusan yang memihak kepada syarikat judi kepunyaan jutawan tersohor, Tan Sri Vincent Tan.

Saturday, May 8, 2010

MAKAN DI RESTORAN

Malam ini anak-anak nak makan makanan India yang ada kelas pulak.  Kata mereka dah letih makan di restoran mamak biasa tu.  Kasihan pula dengan rungutan mereka.  Jadi saya layan sajalah.

Jadi selepas Maghrib tadi kami anak beranak pun segera menghala ke retoran berkenaan.  Anak saya dah buat tempahan.  Jadi tunggu mendapat parking saja.  Sebelum pukul 8 malam, kami sudah pun di tempatkan di meja yang telah disediakan.

Agak lama juga kami anak-beranak tak pergi makan di Restoran yang tersohor ini.  Tapi kalau bagi nama, nanti kira bagi promosi percuma pulak.  Hehe.

Semua makan sampai menjilat jari dan licin pinggan lauk semua.  Anak-anak jelas amat berpuas hati.  Melayang juga RM 300, kerana menu udang memang mahal.  Tapi saya kira memang berbaloi.

Selain itu, anak-anak telah berjanji bahawa mereka akan bantu mencuci kereta dan halaman pada besok hari sebagai balasannya.

Friday, May 7, 2010

MENTALITI BN AWANG ADEK

Sekarang jelas rupa muka manusia BN Awang Adek ini.  Apa punya sikap yang dilaungkannya?  Nak kata Melayu Islam pun tidak menepati cirinya.  Malah lebih kepada 'lalu selam' tu!

Apa yang dilaungkan dan disarankannya adalah anti-Islamik.  Islam memang mengharam judi, apa bentuk judi sekalipun.  Samaada ia akan mengguntungkan atau sebagai langkah melawan mereka yang haram, Islam jelas melarangnya; Judi itu haram, titik.

Monday, May 3, 2010

HERAN KE BENGANG?

Dalam diam saya berdoa kemungkinan itu tidak berlaku.  Tak tahulah kenapa saya rasakan jika ianya berlaku kali ini BN dan PM dah menunjukkan satu sikap yang sukar diterima.

Kawan-kawan saya kata memang begitulah rentak irama politik.  Tapi sekali ini saya betul-betul rasa perkara dah terlampau.

Walaubagaimanapun hari ini jelas dan terbukti Palanivel dan Ezam mengangkat sumpah sebagai senator baru.  Atas dasar apa mereka diberi jawatan itu.

Palanivel sudah tidak diterima sebagai calon pun di Hulu Selangor tu, dan khidmatnya kepada rakyat adalah ditahap yang amat mengecewakan.  Ezam pula melalak di sana sini menghentam DSAI selepas masuk balik UMNO, walhal sebelum itu dia melalak menghentam si PM sekarang.!  Sungguh amat menghairankan.  Atau membengangkan?

Saturday, May 1, 2010

SELAMAT BERCUTI

Saya nak mengucapkan selamat hari pekerja untuk semua kengkawan dan sekelian warga Malaysia yang singgah di sini.  Semoga bahagia bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.

Thursday, April 29, 2010

MANGSA JIRAN SENDIRI

Berita jiran bergaduh sampai mencenderakan dan membunuh mangsa bukan satu kejutan lagi.  Seperti sudah menjadi acara harian pula.

Semalam seorang penduduk lagi dipukul hingga mati oleh seorang jirannya gara-gara plastik sampah saja.  Seorang penduduk di Flat Sri Sentul yang menjadi mangsa menegur perbuatan jirannya yang meletakkan plastik sampah berhampiran premis mangsa.

Teguran itu mencetuskan pertengkaran di awal tengah malam.  Suspek tidak dapat mengawal perasaan dan membelasah si mangsa dengan kayu besbol.

Mengikut berita ini, mangsa pengsan selama hampir tiga jam. Mangsa meninggal di Hospital Kuala Lumpur (HKL), akibat pendarahan dalaman dan retak tempurung kepala.

Sumber polis mengesahkan telah menahan suspek serta anaknya. Malah, senjata yang digunakan untuk pergaduhan itu turut dirampas.

Ini kes di kalangan masyarakat kelas bawahan, di mana mangsa dikatakan tidak bekerja, sementara suspek adalah seorang pemandu lori.  Tetapi moral ceritanya masih tetap sama: manusia lebih senang berkelakuan mengikut emosi.

Kenyataan polis mengatakan mayat Chung Sin dibedah siasat di HKL dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang sabit kesalahan membawa hukuman mati.

Saturday, April 24, 2010

MANUSIA SAMSENG

Sekarang ini banyak sangat manusia yang mengamalkan tabiat bengis sombong dan mengamalkan budaya samseng.  Kekadang terfikir juga mengapa pula la sampai terjadi begini.

Mungkin ramai juga yang sudah membaca cerita perihal seorang lelaki yang telah dibelasah dengan parang oleh jirannya yang masih remaja sekitar umur 20an.  Hanya gara-gara menegur mereka membuat bising, beliau telah diserang dan dibelasah tanpa belas kasihan di rumahnya sendiri hingga parah dan terpaksa dirawat di ICU.

Menurut berita itu, isteri dan anaknya juga diugut akan dicederakan sekiranya masuk campur.  Nasib baik juga kejadian itu disedari oleh jiran-jiran lain yang kemudian datang membantu.

Saya sendiri pernah bertembung dengan remaja yang panas baran dan sombong.  Salah satu peristiwa ialah ketika saya sendiri tersekat di satu lorong sehala kerana masa tu jalanraya sesak.

Ada remaja-remaja yang menaiki sebuah kereta 'grand' berjenama yang tak sabar kerana mereka tersekat di tengah-tengah.  Mereka membunyikan hon kereta tak henti-henti.  Kemudian pemandu dan penumpang depan turun dan  menjerit serta memaki hamun dengan kesat ke arah orang dibelakang gara-gara mereka mahu berundur ke belakang.  Kereta saya selang satu kereta dari kereta mereka itu.  Nak buat macam mana tu?  Mereka terus mengamuk dan sudah mahu menyerang bila kereta di belakang sekali dapat berundur dan beredar.

Satu peristiwa lagi ialah bila sepasang remaja sedang turut menunggu ikan bakar dalam keadaan pelanggan yang amat ramai.  Mereka menghisap rokok dan menghempuskan asapnya.  Orang lain mestilah tak senang.  Salah seorang menegur perbuatan mereka.  Tiba-tiba remaja lelaki itu mengangkat tangannya ke arah orang yang menegurnya.  Nasib baiklah dihalang orang-orang lain di situ.

Tak ke samseng dan kurang ajar namanya tu.  Mereka yang membuat kacau, orang lain pula yang disalahkan dan mahu dicederakan.

Thursday, April 22, 2010

MASING-MASING MENGAKU MENANG

Saya sengaja pergi membuang masa ke kawasan parlimen Hulu Selangor yang akan memilih wakil rakyat pada 25 April nanti.  Hati tergerak untuk melihat secara dekat dan dengan mata kepala sendiri tentang perkembangan di sana.

Hari-hari kita disogok dengan pelbagai berita.  Paling riuh ialah berita melalui media-media perdana yang dibawah pengaruh dan arahan parti pemerintah negara iaitu BN.  Kemudian ada berita melalui blog-blog.  Ada jugalah juga berita melalui media suara resmi pihak pemerintah negeri Selangor seperti radio Selangor dan akhbar Harakah.

Jika kita dengar dari sebelah UMNO dan BN, sepertinya kemenangan berpihak kepada mereka.  Tetapi bila dengar dari PKR dan PR, mereka yang akan terus mengekalkan kerusi itu.  Siapa yang tepat dengan ramalan dan harapan mereka akan terbukti pada hari Ahad nanti.

Semalam PM Najib melaungkan dengan megah tentang pertemuannya dengan Obama.  Kedengarannya seperti US pula yang tunduk kepada Malaysia.  Tidakkah lawak tu?

Tetapi apa yang lihat sendiri, ceramah dan sessi pertemuan UMNO dan BN dengan rakyat di situ disertai oleh amat ramai jentera mereka sendiri.  Berbanding dengan ceramah dan pertemuan pihak lawan iaitu PKR dan PR yang lebih kelihatan ramai rakyat setempat terutamanya kalangan kaum Cina, dan juga lebih riuh dan bersemangat.

Liputan sehari saya mungkin satu ukuran yang tepat.  Apapun semua yang saya lihat sendiri adalah satu kenyataan yang bercanggah dengan apa yang dihebuhkan dan diwarwarkan dengan gah melalui media arus perdana.


Monday, April 19, 2010

WHAT A BIG JOKE!!!

'Breaking News' would be the best caption, I reckon, for this news quoted below:
Independent Johan Mohd Diah withdraws his candidacy

PETALING JAYA: Independent candidate for the Hulu Selangor by-election Johan Mohd Diah has withdrawn his candidacy, according to Election Commission deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Very much earlier today, the other independent candidate, V. S. Chandran, had also withdrawn his candidacy.  What a big joke!  These two men are actually UMNO and MIC members respectively.  Obviously they could not even stand the heat and pressure by their respective parties for more than two days.  Shameful indeed!!! 

Now the stage for the April 25th by-election is all set for a straight fight.  It would be between BN's candidate, P. Kamalanathan and PKR's (vis-a- vis Pakatan Rakyat's) candidate Datuk Zaid Ibrahim.

Tuesday, April 13, 2010

OSTEOPOROSIS IN YOUNG AND OLD

As this happens in the family very recently, I would like to share it here.  Hopefully, my revelation here would be a beneficial insight.

My cousin is only in her early thirties.  Last week she has been diagnosed with osteoporasis.  So, apparently the disease it is not peculiar only to old age.  According to our family doctor, women are at greater risk,  but it can strike at any age irrespective of ethnic and racial origins.

Osteoporosis has been labelled as the 'silent killer' because very often, there are no early warning signs.  The initial sign is normally diagnosed after the detection of bone fracture.  If it is in the early stage, the spread may be curtailed.

But very often, it is diagnosed when the disease is already in the critical stage.  It would be very difficult to prevent from advancing to more serious phase. 

Despite proven statistics, the disease remains to be little understood by the general public and even the medical community. However, there is a general consensus that osteoporosis is largely preventable.

Apparently there seems to a correlation between skin colour and body size to bones vulnerability.  Improper diet, low calcium intake and a history of eating disorders such as anorexia nervosa would heighten the risk.  Cigarette smoking, and alcohol may also increase the risk for developing osteoporosis.

The risk increases with the increase in age.  This is because as one aged, more bone gets broken down at a faster rate than it is being formed again. Thus, causing a loss of density and strength.

Incidentally, the rate of bone loss accelerates in women as they enter menopause.   Nevertheless, no matter what one's age,  one could also lose bone mass as the result of certain medical conditions and medications. They can seriously affect the process of bone formation and cause or speed the development of osteoporosis.

Nevertheless, osteoporosis is preventable.  Medical statistics supported that calcium and vitamin D are two of the best life-long defenses against osteoporosis.

Of course then, we need to ensure adequate intake of calcium.  But to ensure sufficient intake of calcium in our diet is not easy.  Perhaps, a relatively easier mean would be to resort to calcium supplements.

MY FIRST STEP

When most of my friends are already exploring the best of the IT world, I was busy making ends meet for all of us.  Four years into my new ventures, I have established my business to a respectable level.  I could just relax and enjoy a little biat.

Since my friends are excited whenever they talk about living in the IT era, I believe it is only proper that I just join the crowd.  Most of them have their own blogs, and they keep bragging about their blogs.  So, I said to myself, 'why not?' and here I am.

I have made that first step.  Hopefully we could enjoy and kongsi kongsi.